BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Saya terdesak, tuan'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
AYER KEROH - “Saya terdesak tuan, saya dah minta kerja di kilang tetapi mereka tidak mahu ambil kerana faktor usia," kata Mohd Zahar Basiron, 43, yang dijatuhi hukuman penjara 3 tahun 6 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Beliau menerima hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas tuduhan cuba merompak sebuah kedai runcit, bulan lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Firdaus Saleh terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Zahar didakwa cuba melakukan rompakan ke atas kedai milik Lim Terk Loong, 29, di kedai runcit Star Biz Mini Market di Jalan Rambai Jaya 2, Taman Rambai Jaya, kira-kira 8.30 malam pada 6 Mac lalu.

Dia didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memohon supaya dikenakan hukuman ringan terhadapnya yang tidak mempunyai pekerjaan dan perlu menyara dua anak, selain isteri dan ibu.

"Sewa rumah pula sudah empat bulan tertunggak. Isteri saya kena tanggung dua anak, salah seorang kurang upaya (OKU) dan ibu saya berusia 70 tahun. Saya benar-benar insaf dan berjanji tidak akan ulang kesalahan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak yang mengendalikan kes meminta tertuduh dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran dan tidak mengulangi kesalahan sama.

“Walaupun disebabkan desakan hidup, tindakan dilakukan tertuduh itu salah. Tambahan pula tertuduh menggunakan parang yang bukan hanya mengundang bahaya kepada pemilik kedai tetapi juga pelanggannya,” katanya.

Selepas meneliti fakta kes, mendengar rayuan tertuduh dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, Mohd Firdaus kemudian menjatuhkan hukuman dipenjara tiga tahun enam bulan dari tarikh ditangkap pada 28 Mac lalu.

Beliau turut memerintahkan tertuduh membayar denda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/saya-terdesak-tuan-1.269001
 
mencuri rompak kerana desakan hidup.....nak salahkan siapa? salahkan diri sendiri lah... kalau badan sihat boleh merompak, takkan xleh guno badan sihat tu utk kerja? koman2 kojo cuci pinggan dpt rezki halal walaupun rm15 sehari (pengalaman den maso susah dulu banyak kedai makan boleh kasi kojo cuci pinggan siap dapek makan free laaie)

poning den...
 
kena rembat 250 juta baru lepas bebas
 
mencuri rompak kerana desakan hidup.....nak salahkan siapa? salahkan diri sendiri lah... kalau badan sihat boleh merompak, takkan xleh guno badan sihat tu utk kerja? koman2 kojo cuci pinggan dpt rezki halal walaupun rm15 sehari (pengalaman den maso susah dulu banyak kedai makan boleh kasi kojo cuci pinggan siap dapek makan free laaie)

poning den...

betol tu bos :)cgrock
 
Betul nak rompak biaq la juta2.. Pas2 susahkn juta2 org disbbkan rompakan tu. baru la ta msuk penjara, hidup pon senang.
 
kalau terdesak tebalkan muka berniaga tepi jalan la..puii
 
pelik kdg2 cemana org luar bangla indon nepal semua boleh idup kat malaysia, tapi orang malaysia sendiri terpaksa merompak untuk idup?

faktor memilih kerja?
 
mintak la keja pak guard..slalu byk kosong keja guard ni. .
 
kalai hudud, dah kudung tgn kau bro..padan muka..
 
betul...kalau terdesak camna pun...kedai makan ramai nak pakai org cuci pinggan...RM15 sehari pun dah kira lepas la duit makan...
 
Back
Top
Log in Register