BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya letakkan privasi pada kehidupan peribadi – Syamim Freida

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

Saya letakkan privasi pada kehidupan peribadi – Syamim Freida​

WhatsApp-Image-2026-08-26-at-12.58.37-PM.jpeg


"Privasi adalah satu pilihan, bukannya satu kekurangan."

Demikian respons pelakon Toh Puan Syamim Freida membidas tanggapan sesetengah pihak berhubung keakrabannya dengan penyanyi Bella Astillah selepas kehadirannya sebagai pengapit.

Bagi Syamim atau nama lengkapnya Syamim Mohd. Farid, 35, nilai keikhlasan sesebuah perhubungan tidak wajar dinilai berdasarkan sejauh mana dipertontonkan kepada awam.

“Bukan semua benda kena tunjuk untuk dapat validasi. Saya meletakkan privasi pada kehidupan peribadi saya terutamanya keluarga dan rakan-rakan rapat.

“Hanya kerana awak tidak melihatnya, tidak bermakna tak wujud. Antara bahagian paling bermakna dalam hidup saya adalah apa yang saya pilih untuk tidak kongsi.

“Saya tidak memerlukan perhatian orang ramai untuk membuktikan apa yang saya ada,” katanya dalam Threads.

Sebelum ini, Bella tidak lupa menghargai barisan pengapitnya dengan memberikan hadiah istimewa setiap seorang.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang mempersoalkan ketulusan persahabatan beberapa rakan yang dipilih sebagai pengapit sama ada mereka ada di sisinya ketika dalam fasa sukar dahulu.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata nilai persahabatan tidak seharusnya diukur berdasarkan kekerapan dilihat bersama, selalu muncul dalam hantaran media sosial atau dipertontonkan kepada khalayak.

Tambahnya, dia lebih selesa memilih persahabatan yang terbina atas dasar kejujuran tanpa mengira status atau populariti seseorang. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala, artis ni kadang2 suka2 je buat drama. Tapi betul la kan, apa yg private biar la private. Tak payah la sibuk nak tunjuk setiap benda kat socmed. Bella pun nampak chill je dgn Syamim.

 
Back
Top
Log in Register