BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ask/Help Saya dan anak ada simptom denggi

mytrade

Super Active Member
Messages
7,274
Joined
Dec 29, 2007
Messages
7,274
Reaction score
304
Points
91
Simptom Denggi.....

Mohon doa dari rakan rakan.

Saya masih demam masuk hari ke 4 dan anak bongsu Zahra Sofia setahun masuk hari kelima.

Pemeriksaan darah hari ni di KK Bangi menunjukkan platlet darah menurun...Platlet saya pagi ni 137....bawah paras berjaga jaga 185...esok ambil darah lg kat Hosp Serdang....

sementara anak perempuan plak dah admit terus td. 6 kali dia kena cucuk. 2 kali ambik darah...4 kali untuk drip air. Moga kami dan kita semua dilindungi Allah dari penyakit berbahaya ini.

Bila malam adalah paling worst sbb sakit kepala yg amat sangat. terpaksa ambik ponstan utk tahan sakit...

Selera makan dah tertutup....sejak khamis makan sekeping roti bg setiap jadual ubat...tekak dah rasa payau....

mujur ruam merah lum ada...
 
Tanda-Tanda Demam Denggi
Tanda-tanda demam denggi adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap jangkitan tersebut. Berikut merupakan beberapa peringkat Demam tersebut.

Demam Denggi Panas
Ini merupakan peringkat yang paling ringan, seseorang pesakit itu boleh mengalami beberapa atau semua gejala denggi berikut:

Demam panas sehingga 40.6 darjah Celsius
• Sakit kepada dan sakit belakang
• Tompoh-tompok ruam merah pada permukaan kulit yang muncul dan hilang selepas beberapa hari dan kemudian muncul lagi
• Sakit pada sendi dan otot
• Sakit di belakang mata
• Rasa muntah-muntah dan cirit birit
Tanda-tanda tersebut biasanya mulai muncul 4 – 7 hari selepas digigit oleh nyamuk aedes. Demam denggi panas jarang menyebabkan kematian dan biasanya akan sembuh dalam masa seminggu.

Demam Denggi Berdarah
Demam denggi jenis ini biasanya bermula dengan cara yang sama seperti Demam Denggi Panas biasa dan ia mula menjadi semakin teruk selepas beberapa hari. Demam jenis bahaya ini menunjukkan tanda-tanda demam denggi biasa bersamaan gejala tambahan berikut:
Penurunan tahap platlet darah yang ketara
Pendarahan di bawah kulit yang menghasilkan tompok-tompok merah unggu seperti kena tumbukan.
Pendarahan pada hidung, mulut dan gusi gigi
Kerosakan pada system aliran darah dan limfa
Kematian

Kejutan Demam Denggi (Dengue Shock)
Jenis ini merupakan bentuk denggi yang paling parah atau ketara. Tanda-tanda kejutan denggi adalah seperti berikut:
Kekaburan fikiran
Sakit perut yang ketara
Muntah-muntah dan cirit-birit
Pendarahan dalaman dan luar yang banyak
Penurunan tekanan darah yang mendadak
Kematian serta-merta
 
hang cari ketam rebus mkn kalo bleh ketam nipah....mnambah sel darah merah...
 
bersabar tuan, Insyaallah selamat semuanya.
Kuatkan semangat dan doa.
 
Dua dua pergi emergency cepat Bro...bahaya tu...
 
buat sup ketam.... cari yang segar.... :)paid:)paid:)paid
 
nak naikkan platlet darah..minum air byk2..2 botol besar air kosong 1 botol besar 100plus..habiskan tiga2 botol sehari..

tu yg aku amalkan masa saspek denggi baru2 ni..alhamdulillah dah sembuh :D :D
 
Saya baru minggu lepas suspect kena...Ada simptom ingat demam biasa...Saya minum air teh misai kucing, mkn ketam nipah, daun betik, mkn tembikai..suma sy buat...Lepas tu baru cek darah mula2 platelet 189...sy teruskan mkn tembikai dan minum air byk..lepas 3 hari cek darah 407...

Org kena denggi ni kena minum byk air...klau yg x tahan asik nk kencing boleh minum ngn teh misai kucing...
 
Back
Top
Log in Register