The Room
Legendary Member

- Messages
- 10,974
Top Poster #3
- Joined
- Feb 18, 2018
- Messages
- 10,974
- Reaction score
- 1,292
- Points
- 206
Selain faktor jarak dan “hot seat” sekolah yang telah saya kongsikan dalam posting terdahulu, satu lagi faktor yang boleh diberi perhatian oleh ibu ayah ialah keseimbangan gender (lelaki & perempuan) dalam pemilihan calon ke SBP / MRSM.
Secara amnya, setiap SBP / MRSM akan cuba mengambil pelajar lelaki dan perempuan secara seimbang. Perkara ini penting bagi memudahkan:
• pengurusan asrama
• penempatan bilik
• susun atur bilik darjah
• logistik dan penjadualan keseluruhan sekolah
Sebab itu, dalam sistem permohonan, kita boleh melihat jumlah pemohon lelaki dan perempuan yang berbeza bagi setiap sekolah.
Ibu ayah boleh meneliti jumlah permohonan mengikut jantina.
Sekiranya jelas terdapat kekurangan pemohon bagi satu jantina, maklumat ini boleh digunakan sebagai strategi tambahan ketika:
• menyusun pilihan sekolah ketika membuat rayuan
• mengelakkan persaingan terlalu padat untuk jantina tertentu
Sebuah sekolah mencatatkan:
Dalam keadaan ini, jika kuota kemasukan adalah seimbang, calon lelaki secara relatifnya menghadapi persaingan yang lebih rendah berbanding calon perempuan (namun masih bergantung kepada merit dan prestasi individu).
Jika calon adalah lelaki, sekolah seperti ini boleh dipertimbangkan sebagai salah satu pilihan.
(Dengan andaian pengambilan tawaran pada first intake juga dibuat secara seimbang antara lelaki dan perempuan.)
Maklumat ini bukan faktor penentu, tetapi boleh dijadikan input tambahan untuk membuat keputusan yang lebih strategik dan berinformasi sebagai ibu ayah.
(Dan jangan pula yang komen: “Info ni dapat dari mana?”, “Awak pegawai KPM ke?”
Saya cuma berkongsi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman.
Moga jika dengan perkongsian ini anak tuan/puan berjaya mendapat tempat di SBP/MRSM, pahala mereka menuntut ilmu sepanjang 5 tahun itu turut mengalir kepada saya… insyaAllah.)
Oh ya..tips ini hanya sesuai untuk sekolah campuran jantina, bukan untuk satu jantina ya..
1. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) – Perak
2. Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) – Putrajaya
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) – Perak
4. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) – Negeri Sembilan
5. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASIS) – Kuala Lumpur
6. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - Negeri Sembilan
7. Royal Military College Malaysia (Maktab Tentera Diraja) (RMC/MTD) - Kuala Lumpur
1. Sekolah Seri Puteri (SSP) – Putrajaya
2. Kolej Tunku Kurshiah (TKC) – Negeri Sembilan
3. Sekolah Tun Fatimah (STF) – Johor
4. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) – Kuala Lumpur
5. Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SCIPP) – Kelantan
6. Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGS) – Negeri Sembilan