BTC USD 81,347.4 Gold USD 4,120.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Sawa raksasa

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,737
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,737
Reaction score
1,682
Points
201
Sawa raksasa

Jakarta: Penduduk di Desa Mekarsari, Kintap, Kalimantan Selatan dikejutkan dengan video ular sawa raksasa yang tular di media sosial.

Tribunnews melaporkan ular sepanjang antara tujuh hingga lapan meter itu ditemui di sebuah kebun dan sedang menyusur masuk ke dalam hutan.

Perkara itu disahkan ketua kampung, Wintono yang memaklumkan mengenai perkara itu kepada media tempatan.

"Lokasinya di sekitar lombong. Jarak dengan rumah penduduk kira-kira satu kilometer. Ular berkenaan panjang sekitar lapan meter," katanya.

Menurutnya, video berkenaan diambil oleh seorang pemancing dari Sungaidanau, Kabupaten Tanahbumbu dua minggu lalu.

Wintono berkata, pemancing itu hanya sempat mengambil video berkenaan selama beberapa saat kerana bimbangkan keselamatan.

Katanya, ini bukan kali pertama penduduk kampung menemui ular raksasa, malah mereka pernah melihatnya ketika musim banjir.

"Sebelum ini ketika banjir di kebun, penduduk pernah melihat ular sawa yang besar.

"Mungkin kerana banjir sedalam satu meter, ular itu mencari tempat lain yang lebih selesa," katanya.

Wintono berkata, setakat ini tiada kejadian kehilangan haiwan ternakan disebabkan kehadiran pemangsa itu di kawasan berkenaan.

"Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik saja," katanya.

Oleh Agensi
Video media sosial
 
Besar tu

Kat sini klo pggil bomba pun bomba lepaskan kt hutan balik. Org awam je asal nampak ular pg bunuh
 
kesian hidupan liar kat sana.. habitat dorg akan hancur x lame lg... sbb indon dah nk pindah ibu negara kt sane... jakarta bakal tenggelam...
 
Merinding tgk,ni kalau dia belit agaknya mmg xle lawan dah kot
 
penan tgk animal planet... ular sawa kalo dah besar sgt dier jd kurang agresif... ular yg belit org kt johor dl rasenye x besar sgt... sedang2 jerk..
Ada gak tgk,dah tua kot tu yg xkuat membelit.
 
Dia kenyang sangat tu ... Dah bape ekor kambing ngan kerbau dia bedal tu ... Kikiki
 
yang 250kg dkt kuala krai baru2 ni pun nmpak remaja je kalo betul video tu
 
Back
Top
Log in Register