BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sawa Batik 16meter kenyang telan anak lembu

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
WhatsApp_Image_2019-11-27_at_19.23.16_1574858763.jpg

ANGGOTA APM Kubang Pasu memegang ular sawa batik sepanjang lebih 16 meter dan beratnya hampir 200 kg. FOTO Zuliaty Zulkiffli













KAMI mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular sawa ini kerana saiznya berat dan hampir mencecah 200 kilogram,” kata Zihila Md Saad, 41, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu.

Kehadiran ular sawa itu disedari penduduk kampung di kawasan kebun getah itu sekitar 2.30 petang sebelum menghubungi anggota APM untuk menangkapnya.

Zihila dan dua rakan setugas, Syed Aswad Syed Sheh, 30, dan Mohd Zamberi Abdullah, 32, menangkap ular sawa batik sepanjang lebih 16 meter itu di dalam kebun getah di Kampung Tok Arang, Batu 5 Kodiang, dalam kejadian, di sini hari ini.

Ular sawa itu dipercayai baru menelan anak lembu yang berkeliaran di kawasan itu berikutan penemuan sekawan lembu di situ.

Zihila berkata, mereka turut dibantu penduduk kampung untuk mengangkat ular sawa itu dan mengusung menggunakan kain untuk diangkat ke dalam lori tiga tan.

“Saya memegang kepala ular itu untuk mengumpannya, manakala dua anggota lagi memegang perut dan ekor untuk mengelakkan ia bertindak agresif.

“Ular itu dalam keadaan letih selepas menelan anak lembu itu, namun kami menangkapnya dengan berhati-hati kerana bimbang berlaku sebarang kejadian di luar jangkaan,” katanya ketika ditemui di Pejabat APM Kubang Pasu, Jitra, hari ini.

Zihila berkata, mereka juga berhati-hati kerana kawasan kebun getah itu terletak di kawasan hutan yang agak terpencil malah bimbang ada lagi ular sawa di kawasan itu.

Katanya, sepanjang bertugas dalam APM sejak empat tahun laluan, ini ular sawa terbesar dan panjang yang pernah ditangkapnya.

“Ular sawa sebesar ini jarang ditemui dan mungkin kawasan itu menjadi habitatnya untuk berlindung, selain mencari sumber makanan,” katanya.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Kamarulzamal Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan 2.42 petang dan tiga anggotanya bergegas ke lokasi untuk membantu menangkap ular berkenaan.

Beliau berkata, anggotanya menggunakan lori tiga tan untuk memasuki kawasan kebun getah yang jauh dari rumah penduduk kampung.

“Anggota kami berjaya menangkap ular sawa batik berkenaan dan membawanya ke pejabat APM Kubang Pasu di sini untuk tindakan lanjut.

“Kita akan menghubungi pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) untuk menyerahkan ular ini kepada pihak mereka,” katanya.











sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/521255/kenyang-telan-anak-lembu
 
Mau sebulan kenyang ular sawa tu.
Kalau perut manusia macam tu, makan sekali kenyang sebulan pun best jugak.
 
steady akak tu pegang ...
sy blm tentu lagi .. xkisahlah dh berikat berbalut mulut ke x :LOL:
 
3 tahun lepas Bomba Kita tangkap sawa
8 meter ...dipercayai sawa terpanjang di Dunia.

Kalau benar sawa ini 16 meter.....wow..!
 
tgk gmbr pun tau xde 16meter tu
 
Sawa yg dulu tu mati Tak lama lepas ditangkap sebab munkin jpam Tak pandai Bela

Harap2 yg ni depa cepat2 bagi pihak yg pakar... Munkin pihak zoo boleh.

Panjang ni...kalau Tak 16 m pun Tuan TT..Saya fikir lebih 10 m.


Memang world record ni.
 
Fuh seriau tengok besarnya
Dulu penah tgk org bt show main ngan ular
Antaranya ular sawa
Dia suruh ular tu belit pinggang pastu membe naik pijak atas belitan ular tu

Mmg kuat dia belit langsung x bergerak ular tu
Tu baru saiz sederhana je
Klu mcm dlm gambar ni
Padan senang2 je telan anak lembu
 
Back
Top
Log in Register