kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
DUBAI, 27 Ogos (Bernama) -- Sekumpulan warga Arab Saudi membangunkan "NaqaTube", yang digambarkan sebagai alternatif yang "bersih" kepada laman web perkongsian video popular YouTube.
Memaparkan logo "Sertai Kami Dalam Laman Web Bersih", seorang daripada moderator laman web itu berkata klip dalam laman web baru itu sangat selamat dan bebas daripada imej wanita serta muzik.
"Klip dalam NaqaTube seringkali disunting sebelum dimuat naik," menurut akhbar Arab News yang memetik Abu Ibraheem yang berkata laman web itu memaparkan klip "bersih" berbanding YouTube.
"Naqa" bermaksud "suci" dalam bahasa Arab, menurut akhbar berkenaan.
Beliau berkata laman web yang cenderung ke arah keagamaan itu menerima sehingga 6,000 pengunjung sejak dilancarkan dua bulan lepas.
Muka depannya memaparkan pautan dan imej kepada lebih 10 saluran yang sebahagian besarnya mengetengahkan cendekiawan, pendakwah, kanak-kanak dan bahan lain yang berkaitan agama Islam.
"Kami mempromosikan Islam yang sederhana, bukan ekstrem," kata Abu Ibraheem.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=436228