BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saudara Baharu Terus Raikan Tahun Baharu Cina Bersama Keluarga, Harmoni Jadi Teras

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
0d9414d87578f8b600aeea02214a625a69942a5c0096d

5ae03c6536ea3f816745cdd07142c41f69942a6d32875


Sambutan Tahun Baharu Cina dalam kalangan saudara baharu di Kelantan terus diraikan dalam suasana harmoni apabila mereka pulang ke rumah keluarga masing-masing, bukan sahaja untuk mengeratkan silaturahim malah menjaga ibu bapa yang uzur.

Bagi Asmawee Wee Abdullah, 62, yang memeluk Islam sejak 20 tahun lalu, sambutan di rumah ibu bapanya dekat Kampung Kebakat di sini tetap menjadi keutamaan setiap tahun meskipun berbeza agama dengan sebahagian adik-beradiknya.

"Hubungan dengan keluarga tidak pernah terputus, malah saya kerap pulang menziarahi ibu bapa kerana faktor kesihatan mereka yang semakin uzur.

"Walaupun saya sudah memeluk Islam, hubungan dengan adik-beradik masih sangat rapat. Agama (kami) berbeza, tetapi darah tetap sama," katanya ketika ditemui Bernama di kediaman keluarganya hari ini.

Bapanya, Wee Po Ting, 86 dan ibu, Gan Mek Tee, 85, kini uzur akibat faktor usia dan memerlukan perhatian ahli keluarga, katanya yang bekerja di sebuah syarikat kopi di Kelantan.

Asmawee berkata semasa meraikan Tahun Baharu Cina tradisi keluarga tetap diteruskan termasuk pemberian angpau kepada ibu bapa dan kanak-kanak serta menyediakan juadah seperti kuih bakul.

"Sambutan di Kelantan agak unik apabila hidangan tradisi Cina digabungkan dengan makanan tempatan seperti nasi kerabu, nasi dagang dan budu yang menjadi kegemaran keluarga," katanya.

Sementara itu, isterinya, Roslieza Rosli, 38, pula menyifatkan sambutan kali ini sebagai pengalaman pertama yang amat bermakna buat dirinya.

Beliau berkata keluarga mentua menerima kehadirannya dengan baik dan menunjukkan nilai kasih sayang kekeluargaan yang kuat dalam masyarakat Cina.

 
Back
Top
Log in Register