balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang sudah bergelar datuk dan sepatutnya menjadi contoh, dicekup ketika sedang khayal dadah bersama anak dan menantu lelaki serta cucu lelakinya di sebuah rumah di Kampung Mensiang, Menggatal, dekat sini, Ahad lalu.
Serbuan kira-kira jam 1 pagi dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Turut ditemui, dadah disyaki jenis syabu seberat 20.8 gram bernilai RM6,240.
Dalam serbuan itu juga, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai rakan keluarga berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra berkata, polis merampas tiga bungkusan kecil berisi hablur putih dipercayai syabu bernilai RM6,240 di ruang tamu rumah berkenaan.
Menurutnya, dalam serbuan itu polis menahan seorang wanita dan empat lelaki berusia antara 15 hingga 52 tahun.
“Selain empat beranak itu, turut ditahan rakan keluarga itu yang berada di rumah terbabit.
“Ketika serbuan semua suspek sedang khayal selepas menghisap dadah berkenaan,” katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, semalam.
Beliau berkata, pihaknya percaya semua suspek yang tidak bekerja termasuk anak pasangan itu yang tidak bersekolah, adalah penagih dan tidak menolak kemungkinan terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar kawasan berkenaan berdasarkan kuantiti dadah yang dirampas.
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Satukeluargahisapdadah/Article/index_html