BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Satu keluarga genetik pencuri

The Room

Super Active Member
gem
Messages
8,762
Top Poster #2
Joined
Feb 18, 2018
Messages
8,762
Reaction score
1,120
Points
156
sekeluarga direman, disyaki curi dua troli barang pasar raya

Muar: Empat sekeluarga direman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana disyaki mencuri pelbagai jenis barangan keperluan dari sebuah pasar raya di Parit Jawa, di sini, sejak pertengahan bulan ini.

Mereka ialah wanita berstatus ibu berusia 52 tahun, dua anaknya masing-masing lelaki dan perempuan berusia 33 serta 27 tahun selain adik lelaki kepada wanita itu berusia 43 tahun.

Majistret Fatin Dalilah Khalid mengeluarkan perintah reman empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan laporan dibuat, polis menerima laporan daripada pihak pengurusan pasar raya terbabit selepas curiga kelibat sekeluarga membawa troli yang dipenuhi barangan.

Siasatan mendapati salah seorang suspek iaitu anak perempuan wanita yang juga pekerja pasar raya terbabit disyaki mendalangi perbuatan itu.

Empat sekeluarga direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Muar kerana mencuri barangan dalam pasaraya di Parit Jawa. FOTO Alias Abd Rani

Wanita itu berpura-pura mengimbas barangan kononnya sudah dibayar keluarganya.

Daripada laporan diterima, kejadian pertama berlaku pada 14 Mei disusuli kejadian kedua dan ketiga pada 24 dan 25 Mei lalu.

Siasatan awal mendapati kesemua barangan terbabit dimasukkan dalam dua troli setiap hari dengan kejadian itu berlaku antara jam 6 hingga 7 pagi.

Hasil siasatan mendapati, mereka datang ke pasar raya dengan berpura-pura membeli barangan sebelum dibawa ke kaunter yang dijaga suspek untuk bayaran.

Bagaimanapun, kejadian itu terbongkar selepas pengurusan membuat semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Hasil semakan dalam sistem urusan jual beli tidak menemui rekod atau resit pembayaran dibuat kesemua suspek.

Kejadian itu menyebabkan pasar raya terbabit kerugian kira-kira RM3,000.
 
Siasatan awal mendapati kesemua barangan terbabit dimasukkan dalam dua troli setiap hari dengan kejadian itu berlaku antara jam 6 hingga 7 pagi.

pasaraya mana ni awal benor buka nya...
 
Back
Top
Log in Register