BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Satu kampung nyanyuk

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Sebuah perkampungan di kawasan pergunungan Antioqua, barat laut Colombia menempatkan populasi pesakit Alzheimer paling ramai di dunia. – AGENSI

BOGOTA 31 Dis. - Sebuah kampung di kawasan pergunungan Antioqua, barat laut Colombia, menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan semula jadinya.

Namun, apa yang tidak diketahui, Kampung Yarumal sebenarnya menyimpan ‘rahsia’ yang lebih besar kerana menempatkan populasi pesakit Alzheimer paling ramai di dunia.

Menurut laman web berita pelik Oddity Central, hampir semua penduduknya mengalami masalah nyanyuk walaupun pada usia muda dan penyakit itu dilapor diwarisi sejak turun temurun.

Laporan menyatakan, masalah itu berlaku disebabkan amalan perkahwinan sesama ahli keluarga atau saudara-mara yang diamalkan sejak 300 tahun lalu dalam kalangan penduduk Kampung Yarumal.

Kebanyakan penduduk di kampung itu mengalami pelbagai tahap Alzheimer disebabkan toksik protein yang memusnahkan sel-sel otak sehingga menyebabkan seseorang itu menjadi pelupa.

Simptom tersebut mula dikesan ketika usia pesakit masih muda sebelum mencapai usia 40 tahun.

Seorang wanita bernama Cuartas, 82, yang sihat berkata, pada usianya itu, dia terpaksa menjaga tiga anaknya yang menghidap Alzheimer iaitu Dario, 55, Maria, 51, dan Oderis, 51.

“Saya sangat sedih melihat anak-anak saya menghidap Alzheimer. Ini adalah penyakit paling seksa di dunia,” ujar Cuartas.

Walaupun berusaha merawat penyakit yang dialami secara turun temurun, tetapi kemajuan sains perubatan yang ada di pasaran hari ini tidak mampu mengubati penghidap penyakit tersebut.

Bagaimanapun saintis cuba mencari jalan untuk merawat penyakit itu dan Kampung Yarumal dipilih menjadi lokasi pertama sebagai rawatan pemulihan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/satu-kampung-pelupa-1.43154#sthash.dwVyWQiu.dpuf
 
Laporan menyatakan, masalah itu berlaku disebabkan amalan perkahwinan sesama ahli keluarga atau saudara-mara yang diamalkan sejak 300 tahun lalu dalam kalangan penduduk Kampung Yarumal.

Allahuakbar..
Klu lah pakar2 perubatan dapat membuktikan fakta ini benar...
satu demi satu kita dapat melihat kebenaran depan mata kita sendiri.
 
kahwin sesama adik beradik bukan sekadar nyanyuk, boleh jadi OKU seumur hidup bak ang
 
Since dah ada scientific findings, pergila jual sperm kat sana.laku tu hahahahahaha
 
saintis perlu buka al-quran dan baca hadis.mesti mereka dpt jawapan punca penyakit ini. Islam dah bgtau awal2 lg xblh kawin sesama mahram. inilah kesannya..
 
Sehingga 300 tahun ambik masa

Patut 10tahun dah blh nilai kahwin sesama sendiri tak berkembang
 
Back
Top
Log in Register