ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Dari kanan Rosli: Wan Abdul Hakim, Ahmad Shabery; Pengerusi JKKK Fikri; Mohamad Ali; Rohani; Pengerusi Penyelaras Pemuda Umno Bahagian, Marwari Mohamad dan Shaheda memotong kek sebagai gimik perasmian Jalinan Muhibbah Parlimen Kemaman.
CHUKAI - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik menyasarkan sekurang-kurangnya 85 peratus pelatihnya yang menamatkan pengajian pada tahun ini akan memperoleh pekerjaan dalam tempoh beberapa bulan selepas tamat pengajian.
Pengarahnya, Hasnata Hassan berkata, ke arah mencapai sasaran itu pelbagai pendekatan dan program dilakukan pihaknya bagi memastikan pelatih yang dilahirkan memenuhi kehendak industri semasa.
Beliau berkata, pendekatan yang diambil antaranya memperkenalkan program 'weekend attachment' kepada pelatih, yang mana menerusi kaedah itu pelatih ditempatkan di hotel atau syarikat terpilih bagi menjalani latihan kerja setiap kali hujung minggu.
"Usaha ini seiring dengan konsep baharu kita iaitu 'Transformasi IKBN' bagi melahirkan pekerja berkemahiran yang mengikut kehendak pasaran pekerjaan.
"Kemahiran yang dimiliki pelatih juga terus diasah menerusi program khidmat sosial yang kita buat dengan masyarakat. Apabila mereka berikan servis kepada masyarakat, mereka dapat berlatih selain dapat timba pengalaman berguna," katanya.
Beliau berkata demikian pada Jalinan Muhibah Parlimen Kemaman 2015 yang dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Kampung Fikri, di sini.
Hadir sama, Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar; Setiausaha Umno Bahagian, Rosli Ahmad dan Ketua Wanita Umno Bahagian, Datuk Rohani Abdullah.
Menurut Hasnata, lebih kurang 80 peratus pelatih IKBN Kemasik pada tahun lalu, memperoleh pekerjaan selepas menamatkan latihan dan kebanyakannya bekerja di tempat mereka menjalani latihan amali.
Ketika ini IKBN Kemasik memiliki lebih kurang 376 pelatih dan seramai 112 orang daripadanya sedang menjalani latihan amali.
Sementara itu, menyentuh mengenai program jalinan muhibah itu, berliau berkata, program itu merupakan satu perkongsian bijak antara pihak IKBN dengan pejabat wakil rakyat dan turut melibatkan keseluruhan JKKK bagi Parlimen Kemaman.