ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mas Ermieyati Shamsudin
MELAKA 17 April - Lebih 20 usahawan pertanian di Parlimen Masjid Tanah akan dikumpulkan untuk dilatih bagi melahirkan usahawan berpendapatan RM50,000 sebulan dalam tempoh lima tahun.
Ahli Parlimennya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, projek yang dinamakan Agropreneur Muda itu membolehkan usahawan pertanian berkebolehan dilahirkan dengan pelbagai ilmu berkaitan.
Menurutnya, pihaknya telah menyediakan tenaga pengajar berpengalaman untuk dijadikan mentor kepada usahawan terpilih.
“Saya nak jadikan projek ini sebagai ‘bayi’ iaitu atas usaha saya sendiri ke arah melahirkan usahawan pertanian yang boleh mendapat pendapatan lebih lima angka sebulan.
“Kami dah kenal pasti beberapa usahawan muda yang telah berjaya di mana sistem yang mereka gunakan adalah baik dan terbukti untuk dijadikan tenaga pengajar, mentor serta ikon kepada para usahawan yang bakal dilahirkan nanti.
“Bagi saya tidak salah kita berbudi kepada tanah walaupun kita telah mempunyai segulung ijazah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke pejabat Utusan Melayu (M) Berhad cawangan Melaka, Jalan Melaka Raya 4, di sini hari ini.
Kata Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Masjid tanah itu, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa usahawan Isnin ini bagi membincangkan tentang projek tersebut.
Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa pihak dan agensi termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Agro Bank, Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang.