kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
SARA Di Pulau Bum-Bum dekatkan Barangan Keperluan, Ringankan Beban Rakyat
Pulau Bum-Bum, terletak di Pantai Timur Sabah, di sini, kini menyaksikan impak nyata Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang sebelum ini penerima terpaksa merentas lautan menaiki bot semata-mata menebus barangan keperluan di Pekan Semporna.
Peluasan Rakan Niaga SARA ke Pulau Bum-Bum mengubah realiti ini dengan mendekatkan barangan kepada penduduk, menjimatkan kos antaranya pengangkutan RM20 hingga RM50, sekali gus meringankan beban kewangan komuniti, yang rata-ratanya terdiri daripada golongan B40 selaras dengan dasar Kerajaan MADANI memastikan tiada satu pun rakyat tertinggal.
Ketua Kampung Samal-Samal, Ahmad Pangiran, 60, berkata kewujudan kedai rakan SARA di pulau itu amat berbaloi buat 535 penduduk kampungnya yang sebahagian besar bekerja sebagai nelayan dan petani, sebelum ini terbeban dengan kos logistik tinggi untuk ke Pekan Semporna.
"Sebelum ini, kos ulang-alik menaiki bot ke pekan amat tinggi, selain harga minyak kenderaan di pulau yang mencecah RM6 sebotol (seliter). Kini penduduk hanya perlu bergerak berdekatan rumah untuk menebus bantuan, sekali gus menjimatkan masa dan perbelanjaan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata barangan asas seperti beras, gula, tepung, bawang, dan telur kini sentiasa mencukupi dan mudah didapati di kedai tempatan, malah langkah berkenaan terbukti berkesan menyelesaikan isu pengangkutan yang kerap dihadapi masyarakat kepulauan di Semporna.
Ahmad turut berharap supaya program SARA dikekalkan dan skala operasi kedai rakan niaga terus diperluas pada masa hadapan, serta pilihan barangan keperluan dikaji untuk ditambah lagi demi kesejahteraan penduduk pulau.
Di Sabah, terdapat 1,495 Rakan Niaga SARA dengan 32 daripadanya terletak di Semporna. Koperasi Anugerah Haji Badji di Pulau Bum-Bum ialah Rakan Niaga SARA yang ke-33 untuk daerah Semporna, dan satu-satunya di Pulau Bum-Bum.
Kewujudan Rakan Niaga SARA di Pulau Bum-Bum, terletak kira-kira 15 minit perjalanan bot dari Pekan Semporna, memanfaatkan lebih 25,000 penduduk Pulau Bum-Bum yang layak menerima SARA Untuk Semua, dan 3,300 yang layak mendapat SARA Bulanan serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bagi suri rumah, Arkah Uttok, 52, dari Kampung Samal-Samal, pelaksanaan SARA menerusi kedai tempatan di pulau itu amat menggembirakan penduduk tempatan kerana berjaya meredakan beban perbelanjaan harian keluarga.