BTC USD 85,574.3 Gold USD 4,341.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sape penah dapat email ni?

ade... semua main tipu je... sampai akhir, you nak bayar "bank charges" nak claim, kenalah kalau kita tamak...
 
drone

ade... semua main tipu je... sampai akhir, you nak bayar "bank charges" nak claim, kenalah kalau kita tamak...

errr..
ape maksud tn nie?
byr bank charges?
cmnie...
kalau ikut pengiraan math yng tepat bukan tn bayr sy,
sy yg bayar tuan sebb brg tuan..
katakan tn ade kerbau utk dijual sy cr buyer utk kerbau tersebut
adakah tn akan bayar pd sy....
errr... semestinya tidak...

camtu la lbih kurang :D
 
macam2 cara skang ni ya nak buat duit senang..
hehehehhe..
tapi yg pelik saya ada terima ini.. :
 
macam2 cara skang ni ya nak buat duit senang..
hehehehhe..
tapi yg pelik saya ada terima ini.. :

from :Noor Hafiza Harun <[email protected]>
[email protected]

Salam Sejahtera,
Apa khabar? Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama Saya Noor Hafiza binti Harun dan juga warganegara Malaysia, saya tinggal di London, saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di London, United Kingdom. Di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya, Saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini. Saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal agen kepada syarikat saya bekerja dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini. Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut (DOLOMITE LIQUID). Para Dolomite Liquid adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological pemurnian merawat atau menerangkan, memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.

Pembekal asal produk ini adalah di Malaysia sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini London, dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala. Saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli. Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar. Saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya. Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.

Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal agen kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,300.00 USD, sedangkan di Malaysia harga jual tempatan adalah 2,300.00 USD dan syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons. Saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih. Kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. Saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat. Di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga dan cara bayaran maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. Encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik. Sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai. Terima kasih atas kerjasama encik, Saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.

Wassalam...

Noor Hafiza binti Harun

:(scam
 
last year hampir terjebak dgn kes sebegini, jangan terjerat
 
biasa aku buat, aku copy balik message dia, tindih dengan message2 lama lama yang lebih kurang sama sewaktu dengannya dan email kat dia balik hehhe ... lepas tu dia senyap je ...
 
Back
Top
Log in Register