BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sape pakai cgyhost??

aku pakai mercumaya..
ban tros CGYHOST pasal slalu sgt down..
 
jgn ban dulu.. aku igt nak ambik dulu data2 aku yang aku tak sempat backup... kot2 kalau ada.. lepas dapat data2 tu... nak ban.. nak tutup terus pun takpe... aku dah beli server kat exabytes.com rm300, mahal jugak.. servis mmg ok.. tapi little bit cekik darah.. aku nak buat tukar dns pun diorang mintak aku byr rm50.. sori le. igt aku bodoh sgt nak bayar.. bender aku bleh buat...dan sesimple spt kacang...tapi aku faham le.. bisnes is bisnes..

kepada forumer2 disini korang rasa logik ke, just nak tukar dns pun kena byr rm50, nak tukar dns.. bukan susah pun... sendiri boleh buat... seumpama anda memakan kacang... so nasihat.. just semua usahawan internet... make sure byk membaca.. dont let people charge u easily.. :-) peace..
 
sampai skang ke diorg down??
ni paling lama sampai seminggu lebih..
huhu..
nasib baik aku tukar webhost..
 
alamak CGYHOST down lagi la... bodoh gila admins server ni.. x paham la aku... kenapa bodoh sgt.. diorang... sorry la terkasar... sikit.. sbb aku rs gr=eram sgt2..
 
Try yg ni tgk
server die aku puashati setakat ni
laju seperti yg di harapkan
colocation di mesia n amerika
xde masalah
support die pun ok gak
YM xpasti

 
aku dh ada 5 server sebenarnya...

cgyhost/jiwang/godaddy/google/yahoo...

tapi yang paling byk info cgyhost la... kenapa la.. asik server down je... itu cgyhost kelantan punya olang.. aiyo... macam ini manyak susah nak support satu bangsa...
 
aku dah tinggalkan CGYHOST..
guna MERCUMAYA..
selamat....
 
aku dah tinggalkan CGYHOST..
guna MERCUMAYA..
selamat....

Assalamualaikum WBT,

Terima kasih kerana terus bersama CGY.

Saya mewakili pihak CGY Hosting Network Sdn. Bhd. ingin memohon sepuluh jari kemaafan terhadap sebarang gangguan perkhidmatan yang diharapi oleh para pelanggan CGYHost. Alhamdulillah, dengan penstrukturan semula syarikat dan penjenamaan baru CGYHost kepada CGYNet akan memberikan kesegaran kepada kami untuk terus komited memberikan yang terbaik kepada para pelanggan.

Kadang-kadang terkejut juga saya membaca komen-komen bekas pelanggan kami. Selain itu, fitnah-fitnah juga disebarkan dan terdapat tokok tambah dalam penyebaran sesuatu isu mengenai CGY. Saya agak terkilan tetapi mungkin pelanggan lebih terkilan dengan perkhidmatan CGY sejak akhir-akhir ini. Untuk makluman, CGY TIDAK PERNAH BANKRUP atau menutup operasi syarikat sejak ia dikorporatkan. Tambahan pula, CGY juga mempunyai perniagaan-perniagaan lain seperti IT Consultant, IT-Centre, Cyber Cafe, Live Streaming & Production Service. Alhamdulillah, hasil daripada komitmen CGY, operasi hosting telah dipulihkan kembali pada 13 Ogos 2008.

CGY yang suatu masa dahulu merupakan salah satu daripada syarikat hosting Bumiputra pada tangga lima teratas terumbang-ambing disebabkan masalah kekurangan modal pusingan, tambah-tambahan lagi apabila pelanggan-pelanggan besar kami lewat melakukan bayaran.

Terima kasih di atas komen-komen saudara. InsyaAllah, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan CGYNet dan memperbaiku mutu serta kualiti perkhidmatan CGYNet.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saya di talian 017-2577622 atau YM : mytechnie atau MSN : [email protected]. Saya sedia menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan sebaik mungkin.

Akhir sekali, Salam Ramdhan dari kami CGYNet dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Wassalam WBT.

Sekian,

"CONNECT WITH ENDLESS POSSIBILITIES"

Mohd Yazrie bin Mohd Shukri
Ketua Pegawai Eksekutif
CGY Hosting Network Sdn. Bhd. (782068-A)

http://www.cgynet.my
 
Back
Top
Log in Register