aku dah tinggalkan CGYHOST..
guna MERCUMAYA..
selamat....
Assalamualaikum WBT,
Terima kasih kerana terus bersama CGY.
Saya mewakili pihak CGY Hosting Network Sdn. Bhd. ingin memohon sepuluh jari kemaafan terhadap sebarang gangguan perkhidmatan yang diharapi oleh para pelanggan CGYHost. Alhamdulillah, dengan penstrukturan semula syarikat dan penjenamaan baru CGYHost kepada CGYNet akan memberikan kesegaran kepada kami untuk terus komited memberikan yang terbaik kepada para pelanggan.
Kadang-kadang terkejut juga saya membaca komen-komen bekas pelanggan kami. Selain itu, fitnah-fitnah juga disebarkan dan terdapat tokok tambah dalam penyebaran sesuatu isu mengenai CGY. Saya agak terkilan tetapi mungkin pelanggan lebih terkilan dengan perkhidmatan CGY sejak akhir-akhir ini. Untuk makluman, CGY TIDAK PERNAH BANKRUP atau menutup operasi syarikat sejak ia dikorporatkan. Tambahan pula, CGY juga mempunyai perniagaan-perniagaan lain seperti IT Consultant, IT-Centre, Cyber Cafe, Live Streaming & Production Service. Alhamdulillah, hasil daripada komitmen CGY, operasi hosting telah dipulihkan kembali pada 13 Ogos 2008.
CGY yang suatu masa dahulu merupakan salah satu daripada syarikat hosting Bumiputra pada tangga lima teratas terumbang-ambing disebabkan masalah kekurangan modal pusingan, tambah-tambahan lagi apabila pelanggan-pelanggan besar kami lewat melakukan bayaran.
Terima kasih di atas komen-komen saudara. InsyaAllah, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan CGYNet dan memperbaiku mutu serta kualiti perkhidmatan CGYNet.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saya di talian 017-2577622 atau YM : mytechnie atau MSN :
[email protected]. Saya sedia menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan sebaik mungkin.
Akhir sekali, Salam Ramdhan dari kami CGYNet dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
Wassalam WBT.
Sekian,
"CONNECT WITH ENDLESS POSSIBILITIES"
Mohd Yazrie bin Mohd Shukri
Ketua Pegawai Eksekutif
CGY Hosting Network Sdn. Bhd. (782068-A)
http://www.cgynet.my