BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanusi Junid meninggal dunia.

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un... antara generasi menteri otai yang sentiasa cuba idea2 baru.
 
salam takziah utk keluarga arwah
meninggal di pagi jumaat..sudah berwuduk dan sedang tunggu solat subuh...
subhanallah...semoga mendapat qusnulkhotimah
 
Jenazah Sanusi selamat dikebumikan

image.jpg

Jenazah Sanusi selamat dikebumikan sebentar tadi.

KUALA LUMPUR - Jenazah Allayarham Tan Sri Sanusi Junid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dekat sini kira-kira pulul 3 petang tadi.

Jenazah tiba di tanah perkuburan itu kira-kira pukul 2.30 selepas solat Jumaat diiringi isteri, Puan Seri Nila Inangda Manyam Keumala, tujuh anak, saudara mara dan orang ramai.

Jenazah Allahyarham sebelum itu dibawa ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara kira-kira pukul 11 pagi untuk disembahyangkan dengan lebih 200 jemaah hadir memberikan penghormatan terakhir.

Allayarham dipercayai meninggal secara tiba-tiba ketika ingin mengerjakan solat subuh kira-kira pukul 6 pagi di kediaman anaknya di Pantai Dalam.

Allahyarham sebelum ini dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1981 sewaktu berumur 38 tahun dan sebagai Menteri Pertanian pada tahun 1986. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/terkini/jenazah-sanusi-selamat-dikebumikan-1.624068
 
innalillahiwainnailahirajiun...
takziah .. semoga dipermudahkan segala urusan ...
 
Back
Top
Log in Register