BTC USD 81,669.1 Gold USD 4,101.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Entertainment Samsung lancar Note 4 'phablet'

sky8men

Active Member
Messages
1,033
Joined
Mar 29, 2010
Messages
1,033
Reaction score
4
Points
25
25atransformed_1_zps5c53d9be.jpg


SEOUL: Pengeluar telefon mudah alih terbesar dunia, Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) hari ini melancarkan versi terbaharu telefon pintar bersaiz besar, Galaxy Note 4 lebih awal daripada yang dijangkakan selepas Apple Inc melaporkan rekod jualan terhadap iPhone 6.

Mengikut Samsung, Galaxy Note 4 - mulanya dijadual untuk dilancarkan pada Oktober - akan berada di pasaran di Korea Selatan dan China minggu ini sebelum dijual di 140 negara menjelang akhir bulan depan.

Ia akan menjadi sejarah buat pertama kali produk Samsung dijual di pasaran China lebih awal daripada pasaran lain sekali gus mencerminkan keinginan firma teknologi berkenaan mahu bersaing dengan produk buatan China yang lebih murah.

Keputusan untuk mempercepatkan tarikh pelancaran itu juga dibuat selepas pesaing terdekat, Apple melaporkan rekod tempahan awal terhadap rangkaian terbaharu iPhone, termasuk iPhone 6 Plus hujung minggu lalu - kemasukan buat julung kali firma dari Amerika Syarikat ke dalam segmen skrin besar.

Namun, Samsung berdepan dengan cabaran yang semakin sukar dalam pasaran yang besar di mana persaingan daripada pengeluar telefon murah China didapati bertambah kebelakangan ini.

Samsung pada Julai lalu melaporkan penurunan 20 peratus keuntungan bersihnya bagi suku kedua manakala sahamnya kini diniagakan pada paras rendah dalam tempoh dua tahun.

"Kami buat masa ini melalui keadaan perniagaan yang sukar," kata Ketua Jualan dan Pemasaran bagi unit mudah alih Samsung, Lee Don-Joo pada majlis pelancaran Galaxy Note 4 di sini.

p/s : Note 3 pon aku xsempat merasa lagi, dah kuar Note 4 plak...
 
lawan tetap lawan
 
nak lari dari samsung, benda yang sama jer pun. try je jenama lain.. lagi gempak....
 
Kalau curve kiri kanan smart gak... kalau bezel-less lg gempak :D
 
Back
Top
Log in Register