Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,554
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,554
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Telefon pintar kini bukan lagi sekadar untuk menghantar mesej atau merakam gambar. Ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian, digunakan untuk belajar, bekerja, menangkap momen spontan hingga menonton drama pada waktu malam. Bagi Gen Z yang sentiasa kreatif, telefon pintar menjadi ruang utama untuk mengekspresikan diri. Oleh itu, memilih peranti yang tepat bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan dalam gaya hidup moden mereka.
Samsung benar-benar memahami gaya hidup Gen Z yang sentiasa kreatif, berani mencuba perkara baharu dan mahukan sesuatu yang di luar kotak. Dengan pendekatan ini, setiap inovasi Galaxy direka bukan sekadar memenuhi keperluan harian tetapi juga mencerminkan identiti anak muda yang mahu tampil berbeza dan penuh keyakinan. Justeru itu, munculnya dua ‘bintang baharu’ dalam siri Galaxy A iaitu Galaxy A26 5G dan Galaxy A36 5G yang direka khusus untuk memenuhi keperluan generasi muda masa kini. Kedua-dua telefon pintar ini masih mengekalkan reka bentuk ikonik Galaxy yang menjadi simbol gaya hidup moden. Dengan gabungan prestasi mantap dan penampilan bergaya, Galaxy A26 5G dan Galaxy A36 5G membolehkan setiap Gen Z mengekspresikan personaliti mereka sambil kekal produktif dalam dunia serba pantas.