BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samseng ugut bunuh.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan mendakwa diugut bunuh sekumpulan samseng bagi menandatangani dokumen kontrak pemulangan baki hutang walaupun dia tidak bersetuju dengan jumlah dibayar suspek.

Mangsa mendakwa kumpulan samseng itu memaksanya menandatangani surat perjanjian yang menawarkan pemulangan hutang hanya RM120,000 berbanding jumlah sebenar RM150,000.

Difahamkan seorang lelaki yang mengetuai kumpulan samseng itu enggan membayar jumlah penuh wang dicuri anaknya dari mangsa.

Mangsa, Ma Jangua, 26, berkata, kejadian berlaku apabila wang miliknya yang disimpan di rumah di Cheras di sini, lesap dicuri anak ketua samseng itu.

“Lelaki itu berjanji menjelaskan semua bayaran itu kepada saya sebelum Oktober tahun ini,” katanya.

Bagaimanapun lelaki terbabit hanya menjelaskan RM69,000 kepadanya dan terus menghilangkan diri.

“Namun, ayah lelaki terbabit menghubungi saya bagi membincangkan soal pembayaran baki wang yang tidak memihak kepada saya.

“Saya dipaksa tandatangan dokumen khas, malah turut diugut bunuh,” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan , di sini.

http://www.hmetro.com.my/node/3423
 
Back
Top
Log in Register