BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samseng belasah dalam ambulans

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
MELAKA TENGAH: Seorang pemandu kereta cedera selepas diserang sekumpulan penunggang motosikal dipercayai mat rempit ketika berada di dalam ambulans di Hospital Melaka, sejurus dua rakan mereka terbabit dalam kemalangan dengan pemandu itu di Jalan Limbongan di sini, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi dan lebih 20 remaja bermotosikal berusia lingkungan 20an turut berada di lokasi kejadian, namun belum dipastikan jumlah mereka yang terbabit dalam pergaduhan itu.
Pemandu terbabit turut tercedera, sebelum ambulans tiba membawa ketiga-tiga mangsa kemalangan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan. - Chuah Ghee Lye, Ketua Polis negeri
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, berkata siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, kumpulan remaja itu bergerak dalam kumpulan besar penunggang motosikal, manakala mangsa berusia 50 tahun dan menaiki Proton Wira dalam perjalanan dari arah Melaka Raya menuju ke Klebang.

Beliau berkata, sejurus kemalangan yang menyebabkan penunggang berusia 18 tahun dan pemboncengnya itu cedera, kumpulan remaja berkenaan dikatakan bertindak menyerang pemandu serta memecahkan semua cermin kereta.

"Pemandu terbabit turut tercedera, sebelum ambulans tiba membawa ketiga-tiga mangsa kemalangan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

"Dipercayai akibat tidak berpuas hati, kumpulan remaja disyaki rakan kepada penunggang motosikal itu mengekori ambulans hingga di hadapan bahagian kecemasan hospital, sebelum bertindak menyerang dan memukul pemandu berkenaan yang masih berada di dalam ambulans.
“Akibat kejadian itu, cermin bahagian belakang sebelah kiri ambulans pecah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Chuah berkata, setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian pergaduhan itu.

Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu menyebabkan kemalangan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-2842222 atau cawangan Trafik IPD di 06-2834139 bagi membantu siasatan," katanya.


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Samsengbelasahdalamambulans/Article
 
oo..ni sama ngan thread satu lagi ni...tapi yg ni lagi detail
 
ganas lah budak budak ni.budaya samseng makin menjadi2 mcm mana negara nk maju akan dtg kalu mcm ni sifat rakyat kita.
 
sampah masyarakat
 
budak-budak tu berani sebab diorang ramai, cuba sorang-sorang...
 
pergh... kejar sampai hospital tu... baik la hati diorng ni, samggup berkorban utk kawan diorang... (bo*** nak mamp**, mentaliti tahap cipan pun xmacam ni... kalu ye pun nak marah, court crita la...)
 
jeng jeng jeng....
kalo yg ini, driver ambulan tu salah gak ke? aritu yg driver ambulan kena tumbuk,ada org beria ia backup org yg tumbuk driver ambulan tu.dlm kes ni, ada x yg nak back up geng rempit ni?:eek:

sila rujuk thread pemandu ambulans kena tumbuk tu
 
jenis **** xleh ajar nie..
sekolah xabes..
 
Boleh buat himpunan kisah-kisah duka nestapa pemandu-pemandu ambulans Malaysia.
 
Back
Top
Log in Register