BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Sampai hati Sara tipu mak'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Aishah dan suaminya menunjukkan risalah yang mengandungi barangan dijual Sara.
< 1 / 1 >
BATU PAHAT – Seorang warga emas di sini terkilan, apabila wanita yang dianggap sebagai anak angkat sanggup memperdayakan dirinya sehingga kerugian RM11,300.

Warga emas, Aishah Parun, 71, berkata, dia mengenali Sara, 30an, seorang agen jualan langsung sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, Sara sering singgah ke rumahnya untuk makan dan berehat bersama tiga atau empat rakannya.

"Dia ada beberapa kali menyuruh makcik membeli barang daripadanya, tetapi makcik akan menolak. Namun, satu hari makcik seolah-olah dipukau, makcik beli alat mengurut kaki dan
penapis air dengan harga RM4,300.

"Kemudian dia minta lagi wang tambahan sebanyak RM7,000 sebagai bayaran insurans dua barangan berkenaan,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kangkar Bahru, semalam.

Aishah berkata, Sara juga memberitahu bahawa RM7,000 itu akan menjadi RM100,000 apabila sampai tempoh matang, dan akan menghubunginya ketika itu.

Katanya, setelah Sara keluar dari rumah, dia ditegur anak dan tersedar telah memberikan wang yang dikumpul untuk menunaikan haji bersama suami, Sahib Nawawi, 79, kepada Sara.

“Makcik ceritakan kepada anak dan menantu, dan mereka terus menghubungi Sara berdasarkan nombor telefon yang ditinggalkan kepada makcik.

"Hanya dua kali sahaja Sara berjaya dihubungi, selepas itu sehingga sekarang dia gagal dihubungi,” katanya.

Menurutnya, dia berharap kejadian berlaku kepada dirinya dijadikan pengajaran dan jangan mudah percaya individu baru dikenali.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/sampai-hati-sara-tipu-mak-1.243741
 
gi buat report kasi tangkap pompuan durjana ni
 
org tua mmg senang kena..rela dalam paksa
 
kalu masa dapat call tu cakap makcik nak bayar lagi 10k nak suruh jadi lagi banyak. mesti dia nak pegi ambik lagi duit.. masa tu apa lagi, ajak kg, rogol la.. haha
 
orang tua ni tak tau pun helah2 orang zaman sekarang.
percaya je sebab sayangkan anak, walaupun anak belaan je.
Semoga Allah melaknatmu wahai Sara.
 
Back
Top
Log in Register