BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantuan SARA Diperluas Merangkumi Makanan Sejuk Beku - PM Anwar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,773
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,773
Reaction score
289
Points
146
548bedc9a211524035ffa50f512cb50369894a995e3ff

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara di Dewan Damar Sari Kompleks F, hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan bersetuju memperluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Semua merangkumi makanan sejuk beku selain barangan asas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata keputusan itu dibuat berikutan permintaan orang ramai supaya ketegori barangan asas itu turut ditambah kepada barangan sejuk beku.

Beliau berkata penglibatan kedai runcit kecil yang menyertai program SARA turut ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir tahun ini dengan jarak capaian kedai dikurangkan dalam lingkungan tujuh kilometer (km) berbanding 10 km pada masa ini.

“Dulu ada masalah kerana kita boleh beli (gunakan SARA) di kedai-kedai besar, jadi sekarang kita gunakan 10,000 kedai runcit, belilah dari 10,000 kedai runcit di seluruh negara.

“Dengan demikian kita boleh kembangkan kegiatannya menyeluruh ke peringkat yang serendah mungkin,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Perpaduan Negara di sini hari ini.

Anwar berkata di bawah SARA untuk Semua, seramai 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad yang mula disalurkan hari ini.

 
Back
Top
Log in Register