BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sampah perlu diasingkan mulai 1 September

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
dn_09.1.jpg


Chor Chee Heung (tiga dari kiri) melihat transformasi kompaktor di Danga Bay, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Sistem pengasingan sampah mengikut jenis dan kategori bahan buangan akan dikuatkuasakan mulai 1 September ini, ekoran penswastaan sepenuhnya perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, pengasingan itu terbahagi kepada sisa pepejal, organik dan bahan buangan yang boleh dikitar semula.

"Sistem ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dalam masa dua tahun selepas dikuatkuasakan September ini supaya orang ramai boleh membiasakan diri dengannya.

"Selepas dua tahun, denda akan dikenakan kepada mereka yang tidak mengasingkan bahan buangan mengikut kategori," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Transformasi Perkhidmatan SWM Environment Sdn. Bhd. Ke Arah Kecemerlangan di Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini, hari ini.

Langkah itu dilakukan selepas Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 diluluskan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam diurus dengan teratur, bersepadu dan sistematik.

Berikutan penguatkuasaan akta tersebut, tiga syarikat konsesi dilantik iaitu SWM Environment Sdn. Bhd. yang akan mengendalikan pengurusan sisa pepejal di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Alam Flora Sdn. Bhd. pula mengendalikan sisa pepejal di Pahang, Kelantan dan Terengganu; E-Idaman Sdn. Bhd. di Perlis dan Kedah manakala di Perak, Selangor dan Pulau Pinang diuruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.

Chee Heung berkata, melalui sistem itu masyarakat akan dididik secara beransur-ansur untuk mengasingkan sisa pepejal bagi mengurangkan kuantiti sisa tersebut yang perlu dikendalikan dan dilupuskan di tapak-tapak pelupusan.

"Bagi membolehkan kutipan sampah dilakukan dengan lebih teratur, tong sampah berpenutup, beroda dan mesra alam akan diedarkan syarikat-syarikat konsesi terbabit," katanya.

Menurutnya, syarikat itu akan mengutip bahan buangan mengikut kategori, contohnya bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti tin, plastik dan surat khabar lama dua kali seminggu mengikut hari tertentu.

Menurut beliau, sekiranya syarikat yang dilantik tidak mematuhi syarat dan perjanjian selepas diberikan amaran, kerajaan akan menamatkan kontrak mereka.

Penswastaan tersebut katanya, tidak melibatkan caj tambahan sebaliknya akan diserapkan ke dalam taksiran cukai PBT.
 
yeah cukai naik lagi

(murah berbanding negara jiran)
 
"Selepas dua tahun, denda akan dikenakan kepada mereka yang tidak mengasingkan bahan buangan mengikut kategori,

senang nya nak saman #:-S,,, senang ar syarikat pembuangan senang jual lek barang ya le kitar semula,,,,,,,:-?
 
mereka semua patut dimasukkan kedalam tong sampah... bagi aku yang muda ni plak peluang bekerja... kekekeke..
 
6-7 tahun lepas dah ada kempen asing2kan sampah ni..
tapi mcm tak dapat sambutan..
negara2 maju dah lama amalkan benda..
sesuatu yg patut diamalkan..
lebih cepat lebih bagus..
 
Back
Top
Log in Register