combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan pelbagai kaum di negara ini menyerlahkan semangat perpaduan, keharmonian serta kebersamaan yang wujud sejak sekian lama.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sekali lagi menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA yang menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum dalam suasana penuh kemesraan.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Hidangan tradisi, persembahan budaya dan keakraban sahabat daripada pelbagai latar belakang benar-benar menggambarkan wajah Malaysia yang berbeza budaya, namun berkongsi rasa hormat, kegembiraan dan semangat kekitaan yang sama,” katanya menerusi catatan Facebook.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata amalan berkunjung ke rumah rakan-rakan pada hari pertama Tahun Baharu Cina bukan sekadar memenuhi undangan, tetapi sebagai tanda menghargai persahabatan dan memelihara silaturahim yang telah lama terjalin.
"Bagi saya, kunjungan ini bukan hanya tentang juadah dan kemeriahan, tetapi tentang duduk semeja, bertanya khabar, berkongsi cerita dan mengeratkan lagi hubungan yang mungkin jarang-jarang bertemu dek kesibukan tugas.
"Dalam suasana penuh warna merah dan senyuman, terasa indahnya kepelbagaian yang menyatukan kita semua sebagai satu keluarga besar di Sarawak," katanya.
Berita lanjut menyusul...
Sambutan Tahun Baharu Cina Serlah Semangat Kebersamaan Rakyat Malaysia
Tahun Baharu Cina, Kabinet, perpaduan, keharmonian