BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ponkan Taichung Kembali Ke Malaysia, Semarakkan Sambutan Tahun Baharu Cina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b950549c680f7f45045ac646f83b98e06968de43bf04d

b50db2a4cb3b05aa3bae6e29780502b26968de56b9d2c

8c66bf5688e39b016c210bc6390020616968de6a22545

Kredit: Taichung Freshest

Dengan ketibaan musim perayaan Tahun Baharu Cina, promosi Taichung Ponkan di Malaysia 2026 kembali diadakan hari ini, menampilkan buah limau ponkan terkenal dari Taichung, Taiwan, yang diminati kerana isinya yang manis dan berjus serta menjadi hidangan wajib semasa perayaan.

Taichung Freshest dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa acara tersebut mendapat sokongan Kementerian Pertanian Taiwan dan Biro Pertanian Kerajaan Bandar Raya Taichung, serta dianjurkan Persatuan Peladang Daerah Shigang, Bandar Raya Taichung.

Proram kali ini sekali lagi menampilkan kerjasama merentas industri bersama rangkaian bakeri terkenal Malaysia RT Pastry, bagi melancarkan Kek Keju Ponkan edisi terhad yang menggabungkan buah sitrus Taiwan dengan kepakaran pembuat roti tempatan, sekali gus menawarkan cara moden kepada pengguna untuk menikmati ponkan Taichung sepanjang musim perayaan.

“Buah limau ponkan Taichung mempunyai kulit berwarna jingga keemasan yang menarik, rasa manis dan masam yang seimbang serta nilai pemakanan yang tinggi, menjadikannya pilihan kegemaran di pasaran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Tahun ini, destinasi eksport merangkumi Malaysia, Singapura, Brunei dan Kanada, dengan penghantaran pertama kira-kira 15 tan metrik telah pun tiba di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Biro Pertanian Kerajaan Bandar Raya Taichung memaklumkan bahawa taburan hujan yang mencukupi, iklim yang menggalakkan serta keadaan tanah yang sesuai menjadikan wilayah itu baik untuk penanaman buah sitrus, dengan ladang ponkan di Taichung meliputi kawasan seluas 1,388 hektar dan pengeluaran tahunan melebihi 20,000 tan metrik, sekali gus menduduki tempat kedua tertinggi pada peringkat nasional.

“Bagi memastikan keselamatan makanan, biro ini sejak sekian lama membimbing petani untuk memperoleh pensijilan kebolehkesanan pengeluaran dan terus memperkukuh kualiti serta nilai jenama melalui pertandingan penilaian ponkan yang diadakan setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Ekonomi di Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia James Chang berkata walaupun berhadapan cabaran cuaca pada 2025 termasuk suhu rendah dan taufan, buah limau ponkan Taichung berjaya mengekalkan kualiti serta bekalan yang stabil.

Beliau berkata permintaan terhadap ponkan semasa tempoh Tahun Baharu Cina di Malaysia lazimnya melebihi bekalan, mencerminkan keyakinan pengguna yang kukuh terhadap produk pertanian Taiwan, selain Taichung giat memperluas pasaran buah tersebut melangkaui jualan segar melalui strategi pemasaran yang dipelbagaikan.

 
Back
Top
Log in Register