BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sambutan LIMA'25 Langkawi 2025

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,608
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,608
Reaction score
323
Points
141
4fe2a16adae63218d23691419b4519b467a052fd2fb15


Sebanyak 16,116 tiket feri dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi serta sebaliknya telah terjual sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang dijadual berlangsung dari 20 hingga 24 Mei depan.

Pengurus Operasi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line) Lt Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata jumlah itu merangkumi pembelian secara dalam talian dan juga menerusi kaunter tiket yang disediakan.

“Secara keseluruhan, sebanyak 31 perjalanan masuk dan keluar dari Langkawi disediakan setiap hari sepanjang tempoh lima hari LIMA’25 berlangsung, menjadikan jumlah keseluruhan perjalanan feri sebanyak 155.

“Kami mampu membawa seramai 15,000 penumpang setiap hari sepanjang tempoh itu, menjadikan anggaran keseluruhan 75,000 penumpang membanjiri pameran LIMA’25,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Laut Malaysia (JLM) turut meluluskan operasi feri dari 7 pagi hingga 10 malam sepanjang tempoh pameran itu berlangsung.

Norhafiz berkata, JLM turut membenarkan perjalanan feri sehingga 12 tengah malam, namun sebarang tambahan perjalanan adalah bergantung kepada permintaan dan jumlah penjualan tiket.

“Feri tidak menghadapi masalah untuk beroperasi secara optimum, namun apa yang dibimbangi oleh nakhoda adalah risiko perjalanan pada waktu malam yang lebih tinggi. Justeru, kesiapsiagaan operasi malam akan terus dipertingkat dengan langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini,” katanya.

Dalam pada itu, kerja-kerja pengerukan di laluan keluar masuk Kuala Perlis dijangka selesai sebelum LIMA’25 berlangsung, manakala kerja-kerja sama di Kuala Kedah masih giat dijalankan.

“Bagi menangani isu lebihan kapasiti di terminal penumpang, kami telah bekerjasama dengan JLM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan petugas keselamatan bagi mengawal keadaan jika berlaku kesesakan di terminal,” katanya.

 
1597440aa62111994e207d21924b8bfc6815a434c36b5

002f3314c10102643e795ac50a0414496815a4569d3d5

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari mencuba senjata api yang dipamerkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Program Veteran Desa MADANI di Pekarangan Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra hari ini.

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysia dijangka meraih pelbagai manfaat menerusi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25), termasuk memperkukuh kerjasama dengan negara terlibat dalam acara berkenaan yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Beliau berkata LIMA’25 merupakan platform utama bagi industri aeroangkasa dan maritim untuk berbincang serta memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang mampu meningkatkan kerjasama strategik antara pelbagai pihak.

“Memang akan ada banyak MoU dimeterai, terutamanya berkaitan aset-aset pertahanan sama ada darat, laut mahupun udara.

“Kita akan manfaatkan pameran ini sebagai medan hubungan dua hala kerana turut diadakan persidangan dan pertemuan khusus bagi mengukuhkan persefahaman dengan negara-negara yang terlibat, khususnya negara anggota ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Veteran Desa MADANI di Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adly berkata pihaknya kini berada pada tahap akhir persiapan penganjuran dan berharap LIMA’25 dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Ketika ini, kita sedang melengkapkan aturan jemputan luar negara serta penglibatan industri dalam LIMA’25 agar pameran berjalan lancar.

“Komitmen daripada pempamer antarabangsa sangat tinggi. Saya percaya tahun ini kita bukan sahaja akan mempamerkan aset-aset pertahanan, tetapi turut menonjolkan pembangunan industri tempatan menerusi kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan negara luar,” ujarnya.

LIMA’25 merupakan anjuran bersama antara Kementerian Pertahanan dengan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) yang memberi penekanan kepada inovasi dan peningkatan daya saing dalam kalangan pemain industri sejajar perkembangan teknologi semasa.

Bertemakan “Kemajuan Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan”, LIMA’25 yang akan berlangsung di Langkawi, Kedah merupakan antara pameran terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.

 
18456bcf0ae8683ac8ce2a79bd419a53681890a0938c7

Gambar Fail

Ruang udara di utara Semenanjung bakal digegarkan dengan deruman enjin pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang akan mengadakan latihan penerbangan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25).

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan latihan penerbangan itu membabitkan pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter melibatkan dua fasa iaitu Fasa 1 bermula 6 hingga 13 Mei di ruang udara Alor Setar dan Butterworth manakala Fasa 2 bermula 14 hingga 19 Mei di ruang udara Langkawi.

“Pelaksanaan latihan itu bertujuan memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal TUDM dalam memberikan persembahan terbaik bagi pembukaan dan pertunjukan udara LIMA’25 nanti.

“Sepanjang latihan berkenaan, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu dan latihan ini juga akan melibatkan beberapa siri letupan bagi gimik pembukaan LIMA’25,” menurut kenyataan itu.

Justeru, TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat TUDM terbang rendah dan bunyi letupan di sepanjang tempoh latihan dilaksanakan.

Bertemakan “Kemajuan Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan”, LIMA’25 yang akan berlangsung di Langkawi itu antara pameran terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara sejak dianjurkan kali pertama pada 1991.

 
166a0934f17cc5a13a3f0cee40d6a4fa6818d77513053


Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengumumkan penutupan sementara ruang udara Langkawi menjelang berlangsungnya Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25).

Menerusi satu hantaran di media sosial CAAM hari ini, penutupan itu bakal dilaksana secara berperingkat, bermula dengan latihan pertunjukan udara dari 6 hingga 14 Mei yang akan berlangsung selama 45 minit, mengikut waktu yang dianggap sesuai oleh Pengurusan CAAM Langkawi.

Dari 15 hingga 19 Mei, latihan akan diadakan bermula 8.30 hingga 9.15 pagi dan 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang.

Pertunjukan udara sebenar akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei, mengikut jadual berikut:

i. 20 Mei: 8.30 hingga 9.15 pagi dan 12 tengah hari hingga 2.30 petang

ii. 21 hingga 22 Mei: 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang

iii. 23 hingga 24 Mei: 10.00 pagi hingga 12 tengah hari, dan 2.30 petang hingga 4.30 petang

Terdahulu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan memaklumkan pesawatnya akan mengadakan latihan penerbangan sempena LIMA’25 bermula esok.

Menurut TUDM, latihan penerbangan itu membabitkan pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter melibatkan dua fasa iaitu Fasa 1 bermula 6 hingga 13 Mei di ruang udara Alor Setar dan Butterworth manakala Fasa 2 bermula 14 hingga 19 Mei di ruang udara Langkawi.

 
Pesawat pejuang Hawk 208 dilaporkan tergelincir



ALOR SETAR: Sebuah pesawat pejuang Hawk 208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan tergelincir di landasan Pangkalan Udara Kepala Batas di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pesawat terbabit dipercayai hendak mendarat bagi menjalani latihan penerbangan sebelum tergelincir di landasan.

Ketika ini, juruterbang TUDM sedang giat melakukan latihan penerbangan intensif sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 24 Mei ini.

Usaha mendapatkan reaksi TUDM berhubung kejadian masih dilakukan setakat ini.


Nasional
Pesawat pejuang Hawk 208 dilaporkan tergelincir
description
Tangkap layar daripada video tular menunjukkan pesawat TUDM yang tergelincir di landasan Pangkalan Udara Kepala Batas, hari ini.
Tangkap layar daripada video tular menunjukkan pesawat TUDM yang tergelincir di landasan Pangkalan Udara Kepala Batas, hari ini.
ALOR SETAR: Sebuah pesawat pejuang Hawk 208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan tergelincir di landasan Pangkalan Udara Kepala Batas di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pesawat terbabit dipercayai hendak mendarat bagi menjalani latihan penerbangan sebelum tergelincir di landasan.

Ketika ini, juruterbang TUDM sedang giat melakukan latihan penerbangan intensif sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 24 Mei ini.

Usaha mendapatkan reaksi TUDM berhubung kejadian masih dilakukan setakat ini.

Disyorkan
Sementara itu, Malaysia Airports dalam kenyataan memaklumkan, landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) terpaksa ditutup sementara berikutan insiden membabitkan pesawat milik TUDM hari ini.

Menurutnya, penutupan landasan itu bagi membolehkan kerja mengalihkan pesawat serta pembersihan landasan dilakukan demi keselamatan semua operasi penerbangan.

"Notis kepada Juruterbang (NOTAM) sudah dikeluarkan dan penutupan dijangka berterusan sehingga jam 10.30 malam ini.

Sepanjang tempoh ini, semua operasi penerbangan di AOR akan terjejas," katanya.

Menurut kenyataan itu, penumpang yang terbabit termasuk jemaah haji yang dijadualkan berlepas dari LTSAH dinasihat merujuk kepada syarikat penerbangan masing-masing atau Lembaga Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka.

Katanya, perkembangan lanjut akan dimaklumkan setelah landasan disahkan selamat dan dibuka semula Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Artikel : Berita Harian
 
18456bcf0ae8683ac8ce2a79bd419a53681890a0938c7

Gambar Fail

Sebanyak 102 buah pesawat dan 35 buah kapal tentera laut dari pelbagai negara akan dipamerkan kepada pengunjung Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25) dari 20 hingga 24 Mei depan.

Jurucakap Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) yang juga penganjur bersama LIMA'25 berkata 64 daripada pesawat itu disahkan setakat ini akan mengambil bahagian dalam pertunjukan udara, melibatkan aksi aerobatik, pertunjukan solo serta acara pembukaan utama termasuk lintas hormat udara.

“Antara segmen pertunjukan udara yang bakal menghangatkan lagi LIMA'25 ialah pasukan aerobatik antarabangsa seperti Russian Knights (Rusia), Jupiter (Indonesia) dan Surya Kiran (India),” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Jurucakap GEC itu berkata baki 38 pesawat pula bakal dipamerkan secara statik sepanjang pameran berkenaan berlangsung.

“Aset agensi utama yang terlibat seperti milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), unit udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta unit udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pesawat statik dari luar negara juga bakal dipamerkan antaranya S-70i Black Hawk milik Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Airbus A400M milik Tentera Udara Jerman, P-72A milik Tentera Udara Itali dan CP-140, pesawat peronda maritim milik Tentera Udara Diraja Kanada (RCAF),” katanya.

Jurucakap GEC berkata pesawat F-15SG, helikopter CH-47D Chinook dan AH-64D Apache milik Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), Ilyushin IL-76 milik Angkatan Aeroangkasa Rusia serta pesawat Dornier 228 milik Tentera Udara India (IAF) turut menjadi tarikan.

“Tentera Udara Amerika Syarikat juga tampil megah di pameran itu melalui pesawat seperti F/A-18 Hornet, C-2 Greyhound, C-12 Huron, C-130J Hercules dan MH-60 Seahawk,” katanya.

Bagi perbarisan armada, 34 kapal bakal berada pada posisi bersauh dengan 15 daripadanya milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), lima daripada APMM dan 15 kapal milik tentera laut negara luar.

 


Kehangatan Lima Langkawi semakin Terasa …..

Kredit ➡️ Mahdzir Hasan Det
 
6116011611526382963_121.jpg

6116011611526382962_121.jpg

6116011611526382961_121.jpg

6116011611526382960_121.jpg

6116011611526382959_121.jpg

6116011611526382958_121.jpg





Orang ramai teruja saksikan latihan penerbangan LIMA'25

Alor Setar: Deruman pesawat pejuang, pengangkut serta helikopter sedang menjalani latihan penerbangan yang melintasi ruang udara daerah ini, menggamit hati orang ramai untuk datang hampir setiap hari bagi melihat pesawat berkenaan dengan lebih dekat.

Latihan penerbangan itu dilakukan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) yang akan berlangsung pada 20 hingga 24 Mei ini.

Tinjauan di Kepala Batas, di sini, mendapati, orang ramai mula berkumpul di kawasan itu untuk melihat dengan lebih dekat latihan penerbangan berkenaan yang bermula sejak 6 Mei lalu hingga 13 Mei ini.

Selain itu, beberapa gerai menjual cenderahati seperti kemeja T, minuman dan makanan turut dibuka di bahu jalan.

Walaupun hanya latihan, namun pertunjukan di ruang udara di Kepala Batas seolah-olah pertunjukan sebenar LIMA'25 sedang berlangsung.

Siti Marina Maarof, 38, dari Kuala Nerang berkata, dia sanggup menunggang motosikal seorang diri semata-mata untuk melihat pertunjukan pesawat itu.

"Biasanya, saya sampai di sini, jam 5 petang setiap hari dan boleh menyaksikan pesawat sedang melakukan latihan penerbangan.

"Memang seronok sebab dapat melihat pesawat serta helikopter beraksi," katanya ditemui, hari ini.

Nadia zainal, 43, pula berkata, walaupun dia tidak berkesempatan untuk menyaksikan pertunjukan LIMA'25 di Langkawi, namun dia seronok melihat latihan yang berlangsung setiap hari.

Katanya, dia juga membawa bersama dua anak dan mereka turut teruja dengan latihan berkenaan.

"Kalau hendak menghadiri LIMA'25 Langkawi, kosnya agak mahal. Kerana itu saya terus datang ke sini membawa anak-anak untuk menyaksikan latihan penerbangan ini," kata pembantu kedai makan itu.

Azmirul Yaakop, 39, berkata, jarak rumahnya yang dekat menyebabkan dia teruja untuk menyaksikan latihan penerbangan berkenaan.

"Sebelum ini, saya terbabit dengan LIMA namun tahun ini, saya hanya menyaksikan latihan penerbangan ini sahaja," katanya.


Video/gambar ➡️ Mahdzir Hasan Det
 
86d5868763233308d4bebda67594b03a681cc1cf1aac7


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus mempergiat aktiviti penguatkuasaan di negeri ini, khususnya di Langkawi, sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.

Pengarah KPDN Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata seramai 190 anggota penguat kuasa akan menjalankan pemeriksaan ke atas premis di seluruh negeri.

“Fokus penguatkuasaan merangkumi pematuhan penandaan harga barang dan perkhidmatan, aktiviti pencatutan, keberadaan bekalan barang kawalan, penggunaan alat timbang dan sukat, serta isu berkaitan pensijilan halal.

“Antara lokasi tumpuan termasuk restoran dan kedai makan, pasar raya, kedai runcit, pasar awam, pasar basah, pasar pagi dan pasar malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penguatkuasaan turut menyasarkan perkhidmatan sewa kenderaan, hotel dan rumah penginapan, stesen minyak serta lokasi tumpuan orang ramai dan pelancong.

Muhammad Nizam berkata penguatkuasaan dilaksanakan menerusi keberadaan (omnipresence) anggota penguat kuasa di lokasi strategik yang menjadi tumpuan pengunjung sepanjang acara berlangsung.

Katanya KPDN turut melaksanakan Ops Menu 2025 bagi memantau pematuhan penandaan harga di premis makanan dan restoran.

“Ops Kesan 2025 pula membabitkan pemeriksaan terhadap pematuhan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, khususnya Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018,” katanya.

Dalam pada itu, katanya Ops Indah 2025 turut digerakkan bagi memantau penandaan harga di kawasan pelancongan dan memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan.

 
16c877ce6e6fe45d36b68b831c0b5343682363a53ba92

9db823c91b3e4b6c73dce9b13cbc08676823644cc7965


Pesawat pejuang Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tampil dengan wajah baharu sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) dengan membawa gelaran istimewa iaitu ‘Toruk Makto’.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan rekaan corak baharu pada badan pesawat itu diilhamkan daripada makhluk legenda dalam filem Avatar, dikenali sebagai Toruk atau ‘The Last Shadow’.

Menurut kenyataan itu, dalam filem fiksyen tersebut gelaran Toruk Makto diberikan kepada mereka yang berjaya menjinakkan dan menunggang Toruk, dengan hanya yang berjiwa tulen dan suci mampu menunggang makhluk berkenaan

Dalam dunia nyata pula, juruterbang pesawat tempur Su-30MKM mencerminkan semangat yang sama kerana pesawat yang dilengkapi dengan teknologi generasi 4.5, keupayaan supermanuver dan senjata canggih itu bukan sekadar mesin perang, tetapi ‘makhluk besi’ yang memerlukan pengendali berjiwa besar.

“Mereka adalah insan terpilih, bukan semata-mata kerana kehebatan mereka, tetapi kerana ketulenan jiwa mereka.

“Dalam kokpit, seorang juruterbang perlu membuat keputusan dalam detik yang mendebarkan, kadangkala antara hidup dan mati. Keputusan yang hanya boleh dibuat oleh jiwa yang murni tanpa niat peribadi dan tanpa ego,” menurut kenyataan itu.

LIMA '25 bertemakan ‘Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan’ bakal berlangsung di Langkawi dari 20 hingga 24 Mei ini yang akan mempamerkan 102 pesawat serta 35 kapal tentera laut dari pelbagai negara.

LIMA merupakan antara pameran terbesar industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara yang dianjurkan sejak 1991.

 
Back
Top
Log in Register