BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sambutan Hari Ibu HARAM???.....

freelancer777

Fun Poster
Messages
455
Joined
Jan 25, 2010
Messages
455
Reaction score
22
Points
15
Assalamualaikum wahai CGrianz...

Aku ada terjumpa artikel ni kt FB...ada sesapa yg lebih mengetahui di tentang hal ni..aku baru tahu ni...selama ni pun aku wish kat mama aku sebut nak hargai apa yg dah mama aku korbankan utk aku selama ni..tp bila baca artikel ni...mmm...mcm mana lepas ni...

BEWARE!!!!
HARI IBU ADALAH "HARAM" ya
Allah baru tahu...SEBARKAN..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga
orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea,ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac.

Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti
melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.

Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke
seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan
mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka
terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal
1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis
sosial dan telah menulis puisi "The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR).

TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam
mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari
Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di
Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah
menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli
politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.
Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911
apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah
Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara
rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum
dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya
pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland,
Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


p/s: So...ada apa2 pendapat x yang boleh dikongsi di sini...juz untuk dptkan pencerahan tentang isu ni...
 
setiap hari adalah hari ibu x perlu specific date. :)
 
tgk niat la ko sambut hari ibu utk ibu ko atau utk memperingati hari tu
 
Sambut le hari ibu waktu birthday ibu kita....
 
Back
Top
Log in Register