BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salma cekal teruskan karier

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
7bm_salmacekalkarier00.jpg

Juara program "Mentor" musim kelima, Salma A. Asis cekal meneruskan kariernya dalam bidang nyanyian selepas menderita masalah kesihatan yang tidak menentu tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya sudah sihat sepenuhnya selepas berusaha mendapatkan rawatan di merata tempat. Hampir setahun juga kesihatan tak stabil akibat penyakit misteri hingga menjejaskan kerjaya yang baru bermula," ujarnya .

Penyanyi berusia 23 tahun ini mengakui ianya bukan mudah untuk meneruskan kerjayanya yang terhenti, tetapi cekal mengharunginya demi minat untuk bergelar sebagai seorang penyanyi berjaya.
Ini terbukti sekembalinya Salma dengan imej terbaru yang menjadi simbolik kesyukurannya atas peluang kedua yang diberikan Tuhan.

Salma yang mula berhijab sejak awal Januari lalu berkata jiwanya kini lebih tenang selepas penghijrahan yang membawa perspektif lebih segar pada dirinya.

Bercerita tentang perkembangan terbarunya, Salma muncul dengan lagu terbaru berjudul "Seruan Jiwa" sempena meraikan kemunculan semula dirinya, sekaligus meletak harapan agar ia akan turut menaikkan namanya semula.

Ditanya tentang kehidupan peribadi, ibu tunggal kepada anak perempuan Puteri Nurul Huda, 5, memberitahu dia selesa dengan kehidupan solo dan masih belum mempunyai teman istimewa.

"Soal mencari pasangan bukan perkara utama yang perlu dikejar sekarang. Saya sudah mendapat peluang semula untuk membina kerjaya dan peluang ini harus saya manfaatkan terlebih dahulu," akhirinya.
 
dah bertudung alhamdullilah..best suara dia ni,mantap.
 
Back
Top
Log in Register