kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
NONNY berkata kehidupan yang dibina sejak sekian lama mula berubah selepas pendiriannya menyatakan sokongan terhadap Palestin.
‘Sekarang saya kutip dana, itu saja cara teruskan hidup’" PETALING JAYA – Serba tidak menjadi, pelakon Nonny Nadirah mengakui kehidupannya kini berubah drastik apabila kehilangan sumber pendapatan termasuk perniagaan dalam talian yang diusahakan sejak sekian lama.
Ujar Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 36, situasi tersebut menyebabkan dirinya berdepan kesukaran besar sehingga terpaksa memohon bantuan orang ramai bagi meneruskan kehidupan harian.
“Assalamualaikum, saya Nonny Nadirah dari Malaysia. Saya ingin memaklumkan bahawa kini saya kehilangan segalanya dan sukar untuk saya jelaskan apa sebenarnya berlaku.
“Pada tahun 2003, saya memulakan perniagaan dengan modal hanya RM200. Ketika itu saya bukan bergerak sebagai penyanyi atau pelakon, sebaliknya sekadar bekerja dari rumah,” katanya dalam TikTok
Tambah pelakon Budak Intern itu, kehidupan yang dibina sejak sekian lama mula berubah selepas pendiriannya menyatakan sokongan terhadap Palestin.
Malah, perkara tersebut memberi kesan besar terhadap kerjaya serta sumber rezekinya.
“Saya masih bekerja tetapi selepas saya menyatakan sokongan terhadap Palestin, semua perkara seperti disekat.
“Kehidupan dan kerjaya saya seolah-olah runtuh sekelip mata.
“Jadi sekarang saya cuba mengutip dana kerana itu sahaja cara yang ada untuk menampung kehidupan harian,” luahnya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam media sosial yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat selain mendoakan agar Nonny kembali bangkit selepas melalui fasa sukar dalam hidupnya.
“Semoga dipermudahkan urusan Nonny. Rezeki Allah luas, pasti ada jalan keluar.
“Terus kuat. Kadang-kadang ujian datang untuk menguatkan kita.
“Semoga ada pihak dapat membantu dan memberi peluang baharu,” tulis beberapa netizen.
Namun, terdapat juga segelintir pihak mempertikaikan kenyataan tersebut selain meminta penjelasan lanjut mengenai situasi sebenar dihadapi pelakon terbabit. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala Nonny... Bila tengok IG dia, masih post gambar happy-happy, pelik jugak. Kita doakan yang baik-baik, tapi kadang-kadang takleh tak geleng kepala tengok dia. Meh la usaha lebih sikit, mana tahu ada sinar kat depan tu.
'Sekarang saya kutip dana, itu saja cara teruskan hidup'
PETALING JAYA – Serba tidak menjadi, pelakon Nonny Nadirah mengakui kehidupannya kini berubah drastik apabila kehilangan sumber pendapatan termasuk perniagaan dalam talian yang diusahakan sejak sekian lama.
www.kosmo.com.my