BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TV Show Salam Baitullah catat rating 3.5 juta selepas kontroversi

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266
Md Shahri bersama pemenang pada majlis penutup dan penyampaian hadiah utama Kuiz Salam Baitullah 2024 di Hotel Royale Chulan, hari ini. - NSTP/Rohanis Shukri
Md Shahri bersama pemenang pada majlis penutup dan penyampaian hadiah utama Kuiz Salam Baitullah 2024 di Hotel Royale Chulan, hari ini. - NSTP/Rohanis Shukri


KUALA LUMPUR: Program Salam Baitullah 2024 terbitan RTM yang bersiaran selama 17 episod sempena musim haji mencatat peningkatan daripada segi rating iaitu sebanyak satu kali ganda berbanding tahun lalu.

Timbalan Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa RTM, Md Shahri Saripan berkata, peningkatan rating program musim ke-16 itu berlaku di platform media sosial dengan mencatat jumlah tontonan keseluruhan 3.4 juta berbanding 1.5 juta, tahun lalu.

"Sebenarnya rating televisyen (TV) sama macam tahun lalu, cuma kali ini meningkat satu kali ganda iaitu antara 1 juta hingga 1.5 juta.

"Peningkatan paling ketara dalam platform media sosial terutama bila kami buat kuiz, sambutan sangat menggalakkan. Majoriti yang menyertainya adalah mereka yang berusia 40 tahun ke bawah, jadi bagusnya program ini ditonton generasi muda.

"Salam Baitullah bukan sahaja ditonton penonton dari kawasan kampung, malah mampu menarik perhatian orang bandar, kami berusaha untuk tingkatkan rating daripada semasa ke semasa," katanya ditemui pada majlis penutup dan penyampaian hadiah utama Kuiz Salam Baitullah 2024 di Hotel Royale Chulan, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada isu membabitkan salah seorang hos program, iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang direhatkan berikutan pertikaian ramai terhadap perkongsian menjadi penyumbang kepada peningkatan rating, Md Shahri tidak menolaknya, namun menegaskan pengisian dibawakan juga mempunyai tarikan.

"Betul, perkara tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi rating, tapi apa yang mahu saya tampilkan, kemelut berlaku dalam program ini memberi kutipan dan catatan tinggi daripada segi jualan membabitkan produk oleh penaja.

"Daripada maklum balas penaja, jualan naik mendadak antara 50 hingga 70 peratus sepanjang tempoh program ini disiarkan. Namun, bukan sebab isu itu sepenuhnya, sebaliknya disebabkan oleh pengisian dibuat.

"Mungkin juga sebab kali ini kami buat di luar studio iaitu di Masjid Putra, Putrajaya dan itu juga penyumbang kepada rating.

"Tahun ini antara penganjuran Salam Baitullah yang terbaik dan mencatat rating tinggi, malah kali pertama juga dianjurkan di luar studio," katanya.

Md Shahri tak menolak faktor kontroversi Ustaz Don jadi penyumbang peningkatan rating, namun pengisian dibawakan juga mempunyai tarikan. - NSTP/Rohanis Shukri
Md Shahri tak menolak faktor kontroversi Ustaz Don jadi penyumbang peningkatan rating, namun pengisian dibawakan juga mempunyai tarikan. - NSTP/Rohanis Shukri

Md Shahri berkata, program Salam Baitullah 2024 meraih kejayaan melebihi daripada apa yang dibelanjakan, selain memaklumkan RTM akan terus menganjurkannya di luar studio untuk tahun akan datang.

Katanya, pemilihan hos dibuat bergantung kepada latar belakang individu dan akan lebih memperincikan aspek berkenaan selepas ini.

"Segala-galanya akan diperincikan termasuk pemilihan hos supaya akan lebih diterima oleh khalayak. Untuk menyasarkan 40 tahun ke atas, kita kena letak hos yang sesuai dengan usia.

"Sebelum memulakan program, kami sudah buat tapisan dua bulan lebih awal kepada pihak berautoriti sama ada boleh bersiaran atau tidak.

"Selepas perkara ini menjadi isu, kami mengambil langkah agar ia tidak berlanjutan, akan datang kami boleh panggil semula Ustaz Don atau melihat ustaz lain yang boleh dipanggil untuk bersama Salam Baitullah kerana ini program tahunan.

"Kami yakin ramai lagi ustaz yang boleh dipanggil bukan sahaja sebagai hos, tetapi sebagai panel," katanya.

Salam Baitullah adalah rancangan tonggak RTM yang bersiaran setiap musim haji kembali menemui penonton untuk musim ke-16 bermula 2 hingga 17 Jun lalu.

Tahun ini, 17 episod program Salam Baitullah disiarkan secara langsung di saluran TV1, Saluran Berita - 123 MyTV juga RTMKlik selama sejam 30 minit mulai jam 9 hingga 10.30 malam.



 
Rating naik sebab orang nak tengok ustaz kontroversi...
😅
 

Kontroversi Ustaz Don luar kawalan, bukan gimik naikkan rating Salam Baitullah​

Suhaimi tidak sesekali menggunakan kontroversi untuk menaikkan program Salam Baitullah, itu adalah pendekatan murahan, tak baik dan profesional. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Suhaimi tidak sesekali menggunakan kontroversi untuk menaikkan program Salam Baitullah, itu adalah pendekatan murahan, tak baik dan profesional. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman menafikan program Salam Baitullah 2024 terbitan RTM menggunakan kontroversi bagi melonjakkan nama.

Suhaimi berkata, kontroversi membabitkan bekas pengacara, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang direhatkan daripada program Salam Baitullah 2024 berlaku di luar kawalan.

"Kami terbitkan program Salam Baitullah untuk mencari keredaan Allah. Niat suci kami mahu membawa perkhabaran baik dari Tanah Suci. Apa yang berlaku di luar kawalan.

"Ini juga bukan gimik untuk menaikkan rating atau tontonan. Bagi saya, program berjalan lancar dan orang yang betul mengendalikan program supaya dapat memberi inspirasi kepada penonton.

"Kontroversi ini mungkin membuatkan orang lebih tertarik untuk mengetahui apakah program Salam Baitullah, jadi mungkin sebab itulah rating meningkat. Tapi, ini hanya pandangan saya.

"Kami tidak sesekali menggunakan kontroversi untuk menaikkan program berunsur agama. Itu adalah pendekatan murahan, tak baik dan profesional," katanya yang ditemui pada sidang media program terbaharu RTM, Big Band, di Angkasapuri Kota Media, di sini, petang tadi.

Terdahulu, Salam Baitullah 2024 yang bersiaran selama 17 episod sempena musim haji dilaporkan mencatat peningkatan daripada segi rating iaitu sebanyak satu kali ganda berbanding tahun lalu.

Peningkatan rating program musim ke-16 itu berlaku di platform media sosial dengan mencatat jumlah tontonan keseluruhan 3.4 juta berbanding 1.5 juta, tahun lalu.

Suhaimi berkata, kontroversi berlaku tidak sesekali menjatuhkan nama RTM kerana mereka sudah mengendalikan kontroversi dengan baik.

"Bagi saya, bagaimana dapat keluar dari sesuatu krisis menunjukkan kehebatan jenama itu. Setiap orang akan melalui proses jatuh bangun dalam kehidupan.

"Namun, kehebatan seorang itu akan dinilai bagaimana boleh bangun dan gagah semula.

"Apapun niat kena betul dan jangan serik. Sekiranya pendekatan betul, betullah akhirnya. Itu pegangan kami di RTM," katanya.

Sementara itu, Suhami menafikan dakwaan Ustaz Don mendakwa mengetahui dirinya direhatkan menerusi ciapan di aplikasi X. Beliau juga mendakwa tidak diberitahu lebih awal atau diberikan peluang membuat penjelasan.

"Saya berjumpa dengan Ustaz Don di pejabat dan juga menelefonnya sebelum ciapan dibuat. Jadi, dakwaannya saya tidak memberitahu lebih awal adalah tak benar.

"Sebab saya terpaksa menjawab kritikan di aplikasi X, tapi sebelum membuat keputusan, saya sebagai ketua jabatan di RTM ada menghubunginya secara peribadi,

"Malah, suara saya agak tinggi. Saya perlu memohon maaf sekiranya saya meninggikan suara," katanya.

Dalam masa sama, Suhaimi menafikan dakwaan menerima tekanan daripada pihak ketiga berikutan keputusan merehatkan Ustaz Don.

"Apabila buat sesuatu program, biarlah program ini tidak ada perkara lain yang menyimpang atau buat penonton kurang selesa.

"Dengan apa yang berlaku membuatkan penonton sukar memberi fokus mengenai apa sebenarnya yang mahu disampaikan menerusi program Salam Baitullah ini.

"Bagi saya, haluan dan fokus kena betul. Siapa yang nak bergaduh di tempat lain, itu bukan kerja kami.

"Kami hanya nak menghasilkan program bagus, betul dan profesional. Apa yang dilakukan berlandaskan sikap yang betul. Jadi, kami tak perlu terpengaruh dengan sesiapapun.

"Apa yang penting, kami perlu bertindak sebagai stesen penyiar bertanggungjawab," katanya.


 

Kontrak bakal tamat? Suhaimi Sulaiman enggan ulas​

Suhaimi pada sidang media program terbaharu RTM, Big Band di Angkasapuri Kota Media di sini, hari ini. Foto NSTP Mohamad Shahril Badri Saali
Suhaimi pada sidang media program terbaharu RTM, Big Band di Angkasapuri Kota Media di sini, hari ini. Foto NSTP Mohamad Shahril Badri Saali


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman enggan mengulas soal kontrak perkhidmatan di jabatan itu yang didakwa bakal tamat seperti ciapan dilayangkan di aplikasi X hingga mencetuskan kemusykilan pengikut media sosial itu.

Enggan menafikan atau mengiyakan perkara itu, Suhaimi berkata, dia tidak mempunyai hak untuk berbicara lanjut mengenai perkara berkenaan (soal kontrak sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia).

"Saya fikir itu bukan hak saya untuk menjawab soalan itu. Tetapi saya rasa begini, jika kita ada sesuatu yang baik untuk dikongsi dan kita bawa, maka kita teruskan. Sekiranya kita tiada benda yang bagus untuk dikongsi, maka, kita berehatlah... Itu sahaja.

"Sebenarnya begitulah, kalau kita ada sesuatu yang baik untuk dikongsi, maka teruskan. Apabila kita rasa sudah sampai masanya kita harus tumpu pada usaha lain atau ada orang lain yang lebih hebat, jadi anda kena faham," katanya ditemui pada sidang media program terbaharu RTM, Big Band di Angkasapuri Kota Media di sini, hari ini.

Suhaimi dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada 20 Januari 2023.

Mengulas ciapan di aplikasi X yang memberi bayangan kontraknya bakal tamat, Suhaimi menjelaskan dia memilih untuk tidak terlalu serius mengenai perkara itu ketika membalas ciapan pengguna laman sosial X.

"Ada masanya kita berseloroh dan ada masanya kita boleh bergurau senda. Kadang-kadang di X, ada yang mengeluarkan kata-kata yang dahsyat.

"Budaya di X pun dahsyat, jadi kita kena pandai main dengan perkara itu. Jadi ada kalanya kita kena ringankan sedikit apa yang dilihat sebagai berat.

"Jadi, apabila ada yang kata begitu (rehatkan Datuk Suhaimi), saya okay sahaja. Siapa yang boleh kerja sampai tua bangka? Saya okay," katanya.

Ditanya apakah gembira mengetuai Jabatan Penyiaran, Suhaimi menyifatkan beliau menyandang jawatan terbaik, justeru, tiada apa yang mahu dirungutkan.

"Saya beritahu anda perkara sebenarnya. Saya ada pekerjaan yang menakjubkan iaitu sebagai Ketua Pengarah Penyiaran. Otak saya digunakan untuk menghadapi krisis dan membuat pelbagai program daripada sukan dan hiburan.

"Jadi, maksudnya otak saya digunakan untuk pelbagai bidang. Jadi, saya ada pekerjaan yang terbaik di dunia.

"Kalau tanya saya gembira atau tidak, saya sangat gembira berjumpa dan bekerja dengan orang di RTM. Orang di sini hebat dan mereka suka bekerja dengan saya sebab saya beri mereka kebebasan," katanya.

Sebelum ini, Suhaimi menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Ketua Pengarang Astro Awani pada 2017 disusuli Pengerusi BERNAMA pada 2020. Suhaimi yang memulakan karier di TV3, pernah bertugas dengan Kumpulan Media Sarawak.



 
Back
Top
Log in Register