BTC USD 81,862.2 Gold USD 4,141.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salah Tujuan Bersolat

Anda rasa solat anda macam mana?

  • Total voters
    0
Dalil wajib solatDalil-dalil Al-Quran.
1. Surah Al-Baqarah ayat 149 :

Maksudnya :

" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( Kaabah ). Sesunggunya perintah berkiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan ".[1]

2. Surah Al-Baqarah ayat 150:

Maksudnya:

" Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram ( kaabah ) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka ( ada saja yang mereka jadikan alasannya ). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah ( mengenai perkara yang benar ) ".[2]

Dalil-dalil Hadis.
Ayat-ayat ini dijelaskan Rasulullah saw dengan sabdanya : “Islam didirikan dari lima sendi : mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat; mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR BUKHARI DAN MUSLIM DARI IBNU UMAR) (TAISIRUL WUSHUL 1 : 13)[3]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat#Dalil_wajib_solat
 
Maaf ya hidier, mencelah sikit, tau tak apa maksud solat tu? maksud sebenar solat?

soalan encik saya dah jawab..

saya menantikan kenapa encil alpacint bertanya soalan ni..
 
Sebelum tu nak mintak maaf la ye, bukan nak menguji ke apa, saja nak tau pemahaman hidier camne, dan kalau statement yang saya bagi ni ada silapnya, mintak tlg tegur saya ye.

Pada apa yang saya belajar, Solat itu adalah `perhubungan` antara kita dgn allah taala, 5 kali sehari kita berhubung dgn allah, itu tak termasuk solat sunat yang kita buat dlm sehari, sebab tu dlm solat kalau faham apa maksudnya, semuanya memuji dan mengagungkan allah taala.

Fitrah manusia ni lemah, saya pon sama, bukan senang nak dapatkan khusyuk dalam solat, jadi.. apa yang boleh saya buat adalah, sebelum solat, baca tasbih fatimah, subhanallah walhamdulillah wala`ilaha`illallah wallahu`akbar, walahaulawala kuwwata`illa billa hil aliyil azim.. maksud ayat akhir tu, tiada daya upaya aku melainkan dgn kekuasaan allah taala..

Jadi, kita mintak dgn allah taala, utk diberikan khusyuk dlm solat.. Kita kene bergantung harap pada allah taala, segala apa pun mintak dgn allah taala, dia yang mencipta kita, tak perlu malu utk kita mintak pada allah taala, dapat ataupon tak, itu tak jadi hal, yang penting kita mintak.

Dengan izin allah kita boleh bercakap, menaip, berfikir, dan macam2 lagi, jadi kenelah bersyukur.

Amalkan la tasbih fatimah, jadi peneman diri, setiap masa kita boleh baca tasbih dlm hati, akan dapat ketenangan, korang boleh gugel apa manfaat kalau kita amalkan tasbih fatimah ni.

Zikir lain pon boleh, selang waktu diantara 5 waktu solat tu boleh kita zikir dlm hati, ikut pada keselesaan masing2, bukan baca tasbih fatimah je.

Ini apa yang saya buat, mungkin forumer lain ada amalan sendiri, sekadar berkongsi, kalau ada salah saya kat sini, mintak tlg tegur, saya manusia, tak lari dari kesilapan..
 
TQ for ilmu yang dikongsikan..

mcm ni la best...
kita sama2 berkongsi ilmu yg kita tau..
masing2 boleh sama2 belajar...

I LIKE !!!
aku upkan kat 1st post...

:)cgrock :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register