BTC USD 82,427.8 Gold USD 4,170.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salah Tujuan Bersolat

Anda rasa solat anda macam mana?


  • Total voters
    0

Hidier

Legendary Member
gem
Messages
11,681
Joined
Feb 6, 2010
Messages
11,681
Reaction score
905
Points
161
Salah Tujuan Bersolat

dari Isu Hangat Malaysia Dan Antarabangsa oleh admin


Ramai orang Islam yang salah tujuan kenapa perlu solat..

Dari Cara Berfikir kita , kerana Paradigma kita selama ini, sembahyang tujuannya Untuk…

SEKADAR MENUNAIKAN KEWAJIPAN

Apa Yang salah dari Paradigma tersebut ???

Bukannya salah bro… Tapi kurang tepat….


Sebab itu, ramai orang bersembahyang dilakukan dengan cepat dan tergesa-gesa. Apa yang penting kewajipannya selesai..

Sebenarnya inilah yang membuatkan tujuan sembahyang kita kurang tepat….kerana target “menunaikan kewajipannya” sudah selesai.

Dan habis sembahyang tiada ada pengaruh ke atas perbuatan kita.. maksiat tetap ON juga…

So Bagaimana Paradigma kita yang Benar????

Paradigma yang seharusnya di fikiran kita iaitu Tujuan Solat Adalah:

BERSYUKUR KEPADA ALLAH, DAN MEMOHON KEPADA ALLAH

Ketika kita hendak sembahyang, jangan niat “Biar habis cepat sembahyang ni..”

tapi ketika hendak sembahyang, niatkanlah dalam hati dengan ikhlas…

“Ya Allah… Aku Bersyukur Kepadamu ya Allah kerana diberi nikmat sebanyak ini…
Dan saya Memohon KepadaMu ya Allah supata dijadikan Ahli Surga”

lalu bertakbirlah… dan lihat Apa Yang Terjadi….

Posted @ www.isuhangat.net.

Assalam...maksud bacaan solat ada kat thread kat siggy saya nih,,,:)..sama2 amik manfaat...

pada pendapat saya,,,,belajarlah bersolat...dan bersolat...jangan sesekali tinggalkan solat dengan alasan nak bagi mantap ilmu tentang solat....

tapi sebaliknya, sambil x tinggal solat, sambil mantapkan ilmu dalam solat....


solat itu dari segi istilah bermakna 'doa'....sebab tu kalau ada sesetengah tempat, dah x berdoa macam kita, sebab doanya dah cukup baginya semasa solat...ada yang sujudnya panjang,,,,

Hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (khabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu” (Hadis riwayat Muslim).



surah Al fatihah, kita dalami maksudnya memang penuh dengan doa2 semoga kita selamat...

maksud surah AL fatihah:

Dengan Nama Allah yang Maha Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, tuhan seluruh alam

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Yang Menguasai Hari Akhirat (Hari Pembalasan)

Hanya kepada Engkaulah kami sembah (tidak kepada selain-Mu) dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan (tidak kepada selain-Mu)

Tunjukkanlah kami akan jalan yang lurus (benar)

Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat dan bukanlah jalan orang yang Engkau murkai (seperti Yahudi) atau jalan mereka yang sesat (seperti Nasrani)


Allah Menjawab Bacaan Kita:



Dari Abu Hurairah r.a. katanya :

“Kami berada di belakang Imam (bersolat), maka berkatalah Imam itu kepadaku : “Bacalah al-Fatihah dalam hatimu, karena aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. mengatakan : Telah berkata Allah Azza-wa Jalla : Aku bagi solat (di sini maksudnya ialah al-Fatihah) antaraKu dan hambaKu menjadi dua bahagian (maksudnya : seperdua untukKu dan seperdua lagi untuk hambaKu), dan bagi hambaKu apa yang mereka minta.

Apabila hambaKu itu berkata : “Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin”, Allah menjawab : ”HambaKu memujiKu” ;

dan apabila hambaKu berkata : “Arrahmaanir Rahiim” , Allah menjawab : “HambaKu menyanjungKu” ;

dan apabila hambaKu berkata : “Maaliki Yaumiddin”, Allah menjawab : “HambaKu memuliakanKu”,

dan apabila hambaKu berkata “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin”, Allah menjawab : “Ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu, bagi hambaKu, apa yang ia minta;

dan apabila hambaKu berkata “Ihdinashshiraathalmustaqiim, shiraathal ladzina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalliin”, Allah menjawab : Ini semuanya untuk hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang ia minta”
.

(Hadis Riwayat Muslim)


itulah sedikit sebanyak perkongsian......dicopy dari berbagai sumber,,,,

Ada jemaah Tabligh datang tempat saya pada suatu masa dulu..... dapat peluang ikut sekejap, Alhamdulillah, saya dapat jaga solat awal waktu di Surau atau mana2 temapt saya pergi. Pesanan dari jemaah saya masih ingat. Semua kejadian atas pilihan Allah mengikut niat kita. Yang terbaik adalah bila kita boleh amalkan ketaatan dalam solat keluar ke dalam kehidupan, jika solat boleh tawadhuk & taat, kat luar pun kena mcm tu, taat pada imam...taat pada ketua / ibu bapa contohnya. Solat dengan yakin Allah melihat kita, kat luar pun Allah tetap melihat kita.

Kenapa saya yakin solat ni adalah pilihan Allah. Sebab jemaah ada bg tahu dalam ramai2 manusia ada kaya harta, sihat kuat, rumah dekat surau/masjid tapi tak semua dapat solat sempurna.... Bila dah dapat maintain solat awal waktu di surau satu hari tu saya dah eksyen la konon.... ye la, 5-6 bulan tak miss solat jemaah langsung. Satu waktu solat Maghrib tu saya dah silap tegur remaja yang lepak depan surau waktu orang dah mula solat jemaah....saya terlewat sikit tapi rokaat 1 baru mula...Budak2 tu bila nampak saya nak sampai ke surau diaorang segan terus kelam kabut masuk ambil wudhuk & mulakan solat....saya sempat perli lagi..."Sembahyang krn Cik Ail ke ikhlas pd Allah" selalu sangat tengok perangai mcm tu....
Allah nak tunjukkan sesuatu...Subuh esoknya saya langsung tak bangun, jam 7.30am baru terjaga dan solat Subuh sedangkan 5-6 bulan sebelum tu 5.30 dah bangun tak miss jemaah.... baru saya teringat, saya ni dapat solat pun krn Allah pilih bukan kekuatan saya, budak2 remaja tu walau lepak sebelah Surau saja, bukan jauh tapi Allah tak pilih.... Ok...inilah perkongsian saya!

dlu sy solat x pernah nk tau pon ape yg sy bce dlm solat..lepas g 1kuliah agama kt surau sy die tegur kalo solat x memahami apa yg di baca serupa la jdi ikut ikutan..sejak tu sy crik tafsiran bacaan dlm solat..al maklum la sy ni jahil org nye..rupenye setiap bacaan dh ade doa2 kpd allah..bru sy dpt 'rse' syafaat dlm solat..dlm mse yg sme belajar blk dgn seorg guru yg bole terangkan lebih dlm tujuan solat,tujuan hidup sbg seorg muslim..makna2 dlm bacaan bkn sekadar tafsiran biasa..ada yg tersirat..mmg indah..setiap gerak..termasuklah wudhuk..kita laksanakanla yg lebih mengetahui hanya DIA..syurga,neraka & nikmat hak dia..yg mampu mohon adalah keredhaan,restu serta berkat dr-NYA..laksanakanla seiklas mgkin..insyallah..

teringat satu riwayat...tak pasti riwayat nabi atau para sahabat
ayatnye lebik kurang macam ni.....aku masuk ke masjid untuk bersolat dengan meninggalkan segala urusan dunia di sendal/sepatu ku....maknanye di zaman para sahabat..apabila masuk ke masjid..meraka tk bawak hal dunua masuk skali...
tetapai sedihnye sekarang ni...di waktu khatib sedang memberi kutbah jumaat..masih ramai orang2 yg berbalas sms..atau bermain dgn hp canggihnye.

Ada org kata, kalau takde perasaan ikhlas sewaktu nak solat, baik jgn solat. Sebab rasa terpaksa. Tapi den bidas balik. Den kata, 'klu ko rasa terpaksa sekali pun, kena buat juga, sebab ia WAJIB. Klu ko tak rasa pape sewaktu ko solat, ko berpura2 la seolah2 ko rasa sesuatu. Insya Allah, lama kelamaan, ko tak akan perlu berpura2 lagi, sebab ko sendiri akan rasa kemanisan ketika bersolat.' Bagi setiap yg kita usahakan, Allah melihat semuanya. Dan Allah beri sesuai dgn apa yg kita niatkan... :">

Sebelum tu nak mintak maaf la ye, bukan nak menguji ke apa, saja nak tau pemahaman hidier camne, dan kalau statement yang saya bagi ni ada silapnya, mintak tlg tegur saya ye.

Pada apa yang saya belajar, Solat itu adalah `perhubungan` antara kita dgn allah taala, 5 kali sehari kita berhubung dgn allah, itu tak termasuk solat sunat yang kita buat dlm sehari, sebab tu dlm solat kalau faham apa maksudnya, semuanya memuji dan mengagungkan allah taala.

Fitrah manusia ni lemah, saya pon sama, bukan senang nak dapatkan khusyuk dalam solat, jadi.. apa yang boleh saya buat adalah, sebelum solat, baca tasbih fatimah, subhanallah walhamdulillah wala`ilaha`illallah wallahu`akbar, walahaulawala kuwwata`illa billa hil aliyil azim.. maksud ayat akhir tu, tiada daya upaya aku melainkan dgn kekuasaan allah taala..

Jadi, kita mintak dgn allah taala, utk diberikan khusyuk dlm solat.. Kita kene bergantung harap pada allah taala, segala apa pun mintak dgn allah taala, dia yang mencipta kita, tak perlu malu utk kita mintak pada allah taala, dapat ataupon tak, itu tak jadi hal, yang penting kita mintak.

Dengan izin allah kita boleh bercakap, menaip, berfikir, dan macam2 lagi, jadi kenelah bersyukur.

Amalkan la tasbih fatimah, jadi peneman diri, setiap masa kita boleh baca tasbih dlm hati, akan dapat ketenangan, korang boleh gugel apa manfaat kalau kita amalkan tasbih fatimah ni.

Zikir lain pon boleh, selang waktu diantara 5 waktu solat tu boleh kita zikir dlm hati, ikut pada keselesaan masing2, bukan baca tasbih fatimah je.

Ini apa yang saya buat, mungkin forumer lain ada amalan sendiri, sekadar berkongsi, kalau ada salah saya kat sini, mintak tlg tegur, saya manusia, tak lari dari kesilapan..
 
Last edited:
Salam..

Kalau tak keberatan, tolong vote ye...

Tu pon kalau sudi lah.. :D
 
Salah Tujuan Bersolat


“Ya Allah… Aku Bersyukur Kepadamu ya Allah kerana diberi nikmat sebanyak ini…
Dan saya Memohon KepadaMu ya Allah supaya dijadikan Ahli Surga”

moga kita dpt jiwa yg tenang...amin.
:)paid
 
“Ya Allah… Aku Bersyukur Kepadamu ya Allah kerana diberi nikmat sebanyak ini…
Dan saya Memohon KepadaMu ya Allah supaya dijadikan Ahli Surga
 
Semoga kita semua mendapat ganjaran syurga dengan solat yg khusyuk dan tulus hanya kepada Allah Taala.
 
aku pon slalu mlayang gak time smayang
moga dpt aku khusyuk dlm smayang...amin..
 
“Ya Allah… Aku Bersyukur Kepadamu ya Allah kerana diberi nikmat sebanyak ini…
Dan saya Memohon KepadaMu ya Allah supaya dijadikan Ahli Surga

“Ya Allah… Aku Bersyukur Kepadamu ya Allah kerana diberi nikmat sebanyak ini…
dan aku memohon dari Mu agar aku sentiasa berada dalam Redha Mu" (malu pulak aku nak mintak syurga Allah setelah Dia memberi segala nikmat Nya selama ini..)
 
utk yg jawab kat poll gini :
Aku....solat 5 waktu pon kadang2 miss... huhuhu....

Sila cuba untuk penuhkan solat 5 waktu tu..
walaupon tak ikhlas..
walaupon Lebih kurang mcm cite ni..asalkan dah buat ok la...
insyallah..
itu lagi baik dari x buat langsung.. :D

yg Lebih kurang mcm cite ni..asalkan dah buat ok la...
insyallah..pas ni buat mcm ni plk :
Aku pastikan aku solat dengan kusyuk !!!

ada sesapa setuju?
ada sesapa bangkang? :D
atau pon Ala...biarlah rahsia :D .. hehe
 
selagi tak faham apa itu solat...jd jangan bersolat..blajar2 sehingga faham. hanya kita saja yg tahu kita kyusuk atau tak...solat yg tk kyusuk..neraka wail la tempatnye...ini bkan kata sy..tp FIRMAN ALLAH...
semoga kita semua d beri petunjuk dr ALLAH...amin..
 
Back
Top
Log in Register