soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Dr Nurul Haq Shahrir
MINGGU lalu, sedikit riuh di media sosial apabila ada pihak yang menggunakan fatwa menerusi artikel Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-240 tahun 2018 berkaitan permasalahan menghadiri keraian yang padanya mengandungi maksiat.
Saya kira perkara ini perlu dijelaskan untuk mengelakkan salah faham pada kemudian hari dan menyelamatkan umat Islam daripada perbalahan perkara yang tidak perlu.
Sebelum itu, perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pengamal media perlu diselar kerana menyiarkan semula artikel tersebut sejurus insiden pemimpin politik hadir majlis ada tarian separuh bogel, maka ia membawa persepsi negatif yang salah tempat terhadap Mufti Wilayah Persekutuan sekarang.
Pembaca pula dinasihatkan melakukan tabayyun dan berhati-hati terhadap informasi dan berita yang tersebar dan berkait dengan umat Islam tanpa didasari dengan pemahaman yang mendalam.
Kecelaruan fatwa yang dimaksudkan telah memberi salah tanggap bahawa menghadiri majlis maksiat dibolehkan dengan syarat selain mengelirukan masyarakat dengan menghidangkan pelbagai pendapat ulama yang terjadi khilaf padanya tanpa memberi sebarang kata putus sebagai pegangan hukum untuk dijadikan panduan umum. Perenggan 17 artikel tersebut menyatakan, "Namun, terdapat satu pendapat dalam mazhab Syafie kalangan ulama Iraq yang mengharuskan, dengan syarat memungkiri kemungkaran tersebut di dalam hatinya.
Keharusan itu dengan alasan kehadiran mereka mungkin akan menyebabkan penganjur majlis merasa malu lalu menghentikan atau mengurangkan kemungkaran yang dilakukan dalam majlis tersebut."