BTC USD 83,340.4 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salah Ke Adakan Persandingan??

korang seme ckp x bertempat..
xnk kwn dgn korang semua lg..
k salam....:( :(
 
slh ke? kita kna heboh kt org yg kita dh kwin utk mengelak timbul fitnah... so kite wt kduri. tp kalu niat kita nk bersanding tuk bgtau sape kwin, sape mempelainyer, ok what...jgn da niat menunjuk2 dh la, ye x?!
 
slh ke? kita kna heboh kt org yg kita dh kwin utk mengelak timbul fitnah... so kite wt kduri. tp kalu niat kita nk bersanding tuk bgtau sape kwin, sape mempelainyer, ok what...jgn da niat menunjuk2 dh la, ye x?!

Ya betul.. :) Aku SOKONG!! :)paid :)paid :)paid
 
tak salah aku, tak salah aku lah kan, memang disunatkan mengadakan majlis supaya berita pernikahan sampai ke masyarakat setempat.

yang menjadi pertikaian pada persandingan melayu adalah amalan zaman hindu/budha/animistik orang melayu.
 
Last edited:
Salah ke kalau kita adakan persandingan pengantin???

Salah ke kita berarak dan mengompang pengantin???

Salah ke menepung tawar pengantin???

Salah ke pengantin perempuan memakai dan menunjukkan pakaian pengantin?? Bukan ke ini hari dia (pengantin pompuan)...hari untuk dia kenang semasa tua nanti??? Sia-sia teman tempah makandam.....

Bukan ke dulu-dulu mereka pun ada bersanding?


Nabi pernah bersabda dalam hadisnya supaya sesiapa yang baru berkahwin hendaklah mengadakan WALIMATULURUS - majlis untuk memberitahu kepada orang kampung / orang ramai bahawa si polan ini sudah pun berkahwin dan untuk mengelakkan FITNAH di kemudian hari.

ada pun bertunang, bersanding, berkompang, berarak, menepung tawar dan sebagainya adalah ADAT MELAYU yang bersusurgalur daripada ADAT HINDU.

dalam ISLAM, selagi ia tidak bercanggah dengan syariah, maka ADAT adalah dibenarkan.

isu bersanding adalah antara isu panas yang pernah diperdebatkan satu ketika dulu.

sesetengah ulamak pernah mengeluarkan fatwa ia adalah HARAM dan sesetengah yang lain mengatakan MAKRUH.

Nabi SAW pernah bersabda:

"Perempuan yang memakai baju tetapi telanjang, dan dia memandang lelaki lain, dan membuatkan lelaki-lelakin lain terpandang kepadanya, maka perempuan ini tidak akan cium bau syurga. Sedangkan bau syurga sudah pun boleh dibau dari jarak 500 tahun perjalanan."

Riwayat Al-Bukhari & Muslim

dalam satu hadis yang lain pula;

"Perempuan yang memakai bau-bauan sehingga lelaki boleh menghidunya, maka perempuan itu adalah perempuan zina"

Riwayat Muttafaqun Alaihi

*****

jadi, adat bersanding adalah kita menayangkan pengantin lelaki dan pengantin perempuan kepada orang ramai. Perempuan semestinya memakai pakaian yang cantik, dan bau-bauan yang wangi..ini boleh menjadikan perempuan tersebut termasuk di dalam golongan "membuatkan lelaki lain terpandang kepadanya".. sedangkan yang paling HAQ untuk memandangnya adalah suaminya.

nauzubillahi min zalik..

Wallahu a'lam
 
dalam satu hadis yang lain pula;

"Perempuan yang memakai bau-bauan sehingga lelaki boleh menghidunya, maka perempuan itu adalah perempuan zina"

Riwayat Muttafaqun Alaihi

yang ni tuanpunya note boleh bagi huraian terperinci tak, nak juga tahu hadis ni sahih ke tak....

perempuan sekarang ni, nak keluar ke mana-mana hatta ke masjid pun pakai wangi-wangian...
 
yang ni tuanpunya note boleh bagi huraian terperinci tak, nak juga tahu hadis ni sahih ke tak....

perempuan sekarang ni, nak keluar ke mana-mana hatta ke masjid pun pakai wangi-wangian...

Aku penah baca dan dengar pasal ini..ustazah aku dulu pun penah cakap pasal ini..xkan ustazah nak tipu ek???...
 
Back
Top
Log in Register