combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi penerangan pada sidang media selepas meninjau projek Pusat Kemudahan Perniagaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bernilai RM17.5 juta, di sini hari ini.
Projek itu kini mencapai 95 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan bulan depan, sebelum beroperasi menjelang Ogos selepas memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Trend penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial (PLS) oleh warganegara asing di negara ini menunjukkan sedikit peningkatan dalam tempoh dua tahun lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan pelbagai bentuk salah guna, termasuk pelancong yang masuk ke negara ini tetapi bekerja atau menjalankan perniagaan.
“Pemegang Pas Lawatan Sosial tidak dibenarkan bekerja atau berniaga, namun ada yang menyalahgunakannya untuk tujuan itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau turut mendedahkan terdapat juga warga asing yang masuk sebagai pelancong, mengambil tempahan perabot atau hiasan dalaman sebelum kembali ke negara asal untuk menyiapkan tempahan dan menawarkan harga lebih murah, sekali gus menjejaskan peniaga tempatan.
Mengulas penubuhan pasukan petugas khas yang diselaras Kementerian Kewangan bagi menangani isu itu, beliau berkata JIM dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) akan memperketatkan penguatkuasaan.
Terdahulu, Saifuddin yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah meninjau projek Pusat Kemudahan Perniagaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bernilai RM17.5 juta yang kini mencapai 95 peratus siap dan dijangka beroperasi menjelang Ogos.
Salah Guna PLS Warga Asing Sedikit Meningkat – Saifuddin Nasution
PLS, Saifuddin, warga asing, KDN