BTC USD 84,029.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

saiz buah dada

KEDUDUKAN 1

Tanggalkan pakaian pada paras pinggang dan lihat diri anda di hadapan cermin
 
KEDUDUKAN 2

Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala. Periksa payudara dari pelbagai sudut.
 
KEDUDUKAN 3

Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan disisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara.
 
KEDUDUKAN 4

Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah. Perhatikan sebarang perubahan pada payudara.
 
LANGKAH 1 – PERSEDIAAN

*

Mulakan pemeriksaan dengan payudara kanan.
*

baring mengiring ke kiri dengan membengkokkan kedua-dua lutut anda.
*

Letakkan bantal atau tuala mandi yang telah dilipat di bawah bahu sebelah kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa.
*

Letakkan tangan kanan di bawah kepala.
*

Gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan.
*

Gunakan tapak jari-jari untuk memeriksa sebarang benjolan atau penebalan.
*

Periksa payudara dengan menggunakan Kaedah Urutan-Menegak (Vertical Strip) dan Kaedah Pusingan (circular).
 
LANGKAH 2 – PEMEREIKSAAN PAYUDARA KAEDAH URUTAN MENEGAK

*

Periksa seluruh kawasan payudara dalam corak urutan menegak, dari tulang selangka di bahagian atas ke garis-kutang (bra-line) di bahagian bawah, dan dari garis tengah antara kedua payudara anda ke garis tengah di bahagian bawah ketiak anda.
*

Menggunakan tangan kiri, mulakan urutan pertama di ketiak.
*

Buat pusingan ringan dan kemudian tekan kuat di tempat ini untuk measa sebarang benjolan atau penebalan.
*

Gerakkan tangan anda perlahan-lahan ke arah garisan kutang menggunakan pusingan ringan dan tekan kuat pada setiap tempat.
*

Di bahagian bawah garis kutang, gerakkan tangan lebih kurang 2 sentimeter ke kiri dan terus ke arah atas menuju tulang selangka anda dengan melakukan pusingan dan tekanan.
*

Bergerak ke atas dan ke bawah mengikut urutan dan liputi seluruh kawasan yang ditunjukkan.
 
susah nk byangkan nih
 
LANGKAH 3 – PEMERIKSAAN PAYUDARA KAEDAH PUSINGAN

*

Bermula di bahagian atas payudara, buat pusingan yang besar.
*

Gerakkan tangan sekeliling payudara untuk mengesan sebarang benjolan atau penebalan yang luar biasa.
*

Buat sekurang-kurangnya 3 pusingan kecil sebelum sampai ke putting payudara.
*

Lakukan pemeriksaan sebanyak dua kali, sekali dengan tekanan ringan dan sekali dengan tekanan kuat.
*

Jangan lupa periksa bahagian bawah aerola (kawasan hitam).
 
LANGKAH 4 – PEMERIKSAAN LELEHAN DI PUTTING PAYUDARA

*

Menggunakan kedua-dua beah tangan, tekan payudara untuki melihat samada sebarang leleh luarbiasa dari puting payudara.
 
LANGKAH 5 – MEMERIKSA KETIAK ANDA

*

Jatuhkan tangan kanan ke sisi dan rasa ketiak dengan teliti untuk mengesan sebarang benjolan.
*

Ulangi pemeriksaan yang sama untuk payudara kiri.

Dapatkan bantuan profesional atau datang ke klinik sekiranya:

*

Anda tidak tahu/keliru tentang kaedah PSP.
*

Anda mendapati kelainan pada pemeriksaan PSP.
 
Back
Top
Log in Register