BTC USD 83,887.8 Gold USD 4,279.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

saiz buah dada

Kenali Payudara Anda

*

Duktus mamari
*

Puting payudara
*

Areolar
*

Kelenjar mamari
 
Pada zaman kanak-kanak, payudara kanak-kanak perempuan tidak ketara. Menjelang alam gadis, payudara mula membesar akibat dari pengaruh hormon estrogen dan progestron sehingga mencapai saiz dewasa ketika akhir alam gadis.

Selapas ini saiz payudara tidak akan berubah melainkan apabila seorang wanita mengandung atau menyusu bayi.

Kenali Payudara Anda

Kemusykilan gadis mengenali payudara

Ada gadis yang mempunyai payudara yang lebih kecil atau besar berbanding dengan rakan sebanyanya. Perkara ini adalah normal kerana bentuk dan saiz payudara seseorang gadis banyak dipengaruhi oleh faktor hormon, keturunan dan genetik seseorang itu.

Selain dari itu, ada juga gadis akan mendapati saiz antara payudara kiri dan kanannya berbeza. Jangan bimbang, ini juga satu keadaan yang normal.

Payudara tetap dapat melaksanakan fungsi keibuannya tanpa mengira saiz atau bentuknya.
 
Kenali Payudara Anda

Penjagaan Payudara

MENGGUNAKAN ANAK BAJU ATAU COLI

Gadis perlu memakai anak baju atau coli remaja mengikut saiz payudara. Anak baju atau coli remaja memberi perlindungan dan mengampu payudara yang semakin membesar.
 
PETUA MEMILIH ANAK BAJU ATAU COLI REMAJA

Pilih anak baju atau coli yang sesuai dengan saiz payudara. Coli yang terlalu ketat akan mencengkam payudara manakala coli yang terlalu besar pula tidak akan memberikan sokongan. Pilihlah coli yang diperbuat dari kain kapas atau kain yang lembut agar dapat menyerap peluh.
 
Kenali Payaudara Anda

Tanda-tanda coli yang sempit dan kecil

*

Tidak selesa ketika memakai
*

Tali coli terbenam dan meningggalkan kesan pada bahu
*

Sebahagian payudara tidak diliputi oleh coli dan coli meregang
 
Tanda-tanda coli yang terlalu besar

*

Coli mengelunsur ke atas dan ke bawah (longgar)
*

Sempedan lengkok coli tidak lurus (lengkok/`cup’ coli besar)
*

Bahagian tepi coli longgar dan mengelebih
 
Kaedah menentukan saiz coli yang sesuai

LANGKAH PERTAMA

Ukur bahagian bawah payudara dari tengah dada hingga ke bahagian tengah tulang belakang dalam inci. Ukuran ini didarab dua dan tambah dengan lima. Namakan ukuran ini A, iaitu saiz coli anda.

CONTOHNYA:

Ukuran ialah 14 inci

A = (14 x 2) + 5 = 34
 
LANGKAH KEDUA

Selain dari saiz coli, saiz lengkok coli (cip saiz) perlu diambil kira dalam pemilihan coli yang sesuai. Panduan berikut boleh membantu anda. Ukur tengah dada melalui puting payudara hingga ke tengah belakang dalam ukuran inci. Darab ukuran ini dengan dua. Namakan ukuran ini B.
 
CONTOHNYA:

Ukuran ialah 17.5 inci

B = (17.5 x 2) = 35

Kenali Payudara Anda

PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUA UKURAN (B – A)


LENGKOK COLI

-1


AA

0


A

1


B

2


C

3


D

4


DD dan seterusnya



DENGAN MENGAMBIL CONTOH DI ATAS:

UKURAN IALAH 24 INCI


MERUJUK KEPADA JADUAL

UKURAN B IALAH 35 INCI


DI ATAS SAIZ LENGKOK COLI IALAH B

PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUA


SAIZ COLI ANDA IALAH 34B

UKURAN IALAH (B – A) IAITU 35 – 34 = 1






Pemilihan saiz dan jenis kain coli yang bersesuaian akan menyokong payudara anda.
 
Jadikan PSP sebahagian dari amalan hidup anda.

Kenali Payudara Anda

*

PSP : Melihat perubahan di hadapan cermin

Melihat perubahan saiz, bentuk dan keseimbangan bentuk payudara (symmetry) serta paras kedua-dua putting payudara di hadapan cermin.
 
Back
Top
Log in Register