Pada zaman kanak-kanak, payudara kanak-kanak perempuan tidak ketara. Menjelang alam gadis, payudara mula membesar akibat dari pengaruh hormon estrogen dan progestron sehingga mencapai saiz dewasa ketika akhir alam gadis.
Selapas ini saiz payudara tidak akan berubah melainkan apabila seorang wanita mengandung atau menyusu bayi.
Kenali Payudara Anda
Kemusykilan gadis mengenali payudara
Ada gadis yang mempunyai payudara yang lebih kecil atau besar berbanding dengan rakan sebanyanya. Perkara ini adalah normal kerana bentuk dan saiz payudara seseorang gadis banyak dipengaruhi oleh faktor hormon, keturunan dan genetik seseorang itu.
Selain dari itu, ada juga gadis akan mendapati saiz antara payudara kiri dan kanannya berbeza. Jangan bimbang, ini juga satu keadaan yang normal.
Payudara tetap dapat melaksanakan fungsi keibuannya tanpa mengira saiz atau bentuknya.