BTC USD 84,677.0 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

saiz buah dada

CIRI payu dara tidak semestinya sama untuk semua orang. Lazimnya, payudara mengunjur ke atas. Namun penambahan berat badan (termasuk sewaktu hamil) menyebabkan payudara turut membesar dan menegangkan kulit yang memegangnya.

Penurunan berat badan berikutnya (dan selepas wanita kembali pulih selepas bersalin) pula akan menyebabkan payudara kelihatan mengunjur ke bawah. Keadaan yang sama juga berlaku dengan peningkatan usia akibat kurang keanjalan kulit, terutama selepas menopaus.

Tidak ada perbezaan payudara wanita yang belum atau sudah berkahwin. Bentuk dan saiz payudara (sama ada kecil atau besar) lebih bergantung kepada saiz badan serta keturunannya.

Hanya sewaktu hamil, payudara mengalami beberapa perubahan iaitu saiz semakin membesar, menegang, sensitif, kawasan areolar dan puting menjadi lebih kehitaman serta timbul biji hitam pada areolar (kelenjar Montgomery).

Selain itu, puting payudara yang kerap ‘diusik’ boleh menyebabkan pengeluaran susu (melalui rangsangan hormon oksitosin).

Selain ketulan, perubahan bentuk payudara perlu diperhati dan dilakukan pemeriksaan lanjut. Perlu difahami, payudara kanan dan kiri lazimnya tidak sekata saiznya.

Sebelah payudara lazimnya kelihatan lebih menurun berbanding sebelah lagi. Hanya pemilik payudara saja yang lebih mengetahui perubahan bentuk payudaranya.

Perhatikan jika ada lekuk (seperti kulit tertarik ke dalam), pengumpulan air (kulit membengkak menyerupai kulit buah oren yang juga disebut peau de orange), kulit seolah-olah ada ketulan di bawahnya, jaluran salur darah yang nyata (sedangkan tiada sebelumnya), bulatan areolar yang tidak seragam, ulser pada payudara atau puting serta keluar cecair bercampur darah dari puting.

Teknik pemeriksaan payudara senang difahami, sama ada melalui demonstrasi atau risalah dan poster kesihatan bergambar. Seeloknya lakukan pemeriksaan payudara sekali setiap bulan berserta pemeriksaan payudara oleh kakitangan kesihatan sekali setiap tahun.

Saiz payudara tidak mempunyai kaitan dengan risiko kanser payudara. Lelaki juga dinasihatkan prihatin terhadap payudara mereka. Ini kerana dalam setiap 100 penghidap kanser payu dara, seorang daripadanya adalah lelaki.
 
PENJAGAAN PAYU DARA

Pakai coli mengikut acuan dan saiz payu dara

Elakkan tabiat tidak memaki coli

Elakkan pembersihan menggunakan sabun di kawasan puting susu

Belai payu dara dengan minyak terapi dan masker sekurang-kurangnya dua kali seminggu

Jangan memakai coli berulang kali tanpa dibasuh

Pakai coli mengikut kesesuaian aktiviti bagi mengelakkan kecederaan

Sapuan minyak 'sweet almond' boleh mengurangkan pengelupasan dan kering sekitar areola

Bersihkan payu dara dengan air suam sewaktu mandi



RAWATAN URUTAN PAYUDARA

Bersihkan payu dara dengan air suam bersama kain separuh basah

Urut payu dara menggunakan minyak mukjizat kencang payudara yang mengandungi ramuan sireh daripada atas ke bawah

Sapukan masker hijau iaitu campuran daun manjakani, sireh dan air mawar

Tindihkan dengan masker putih daripada ramuan sengkuang, sireh dan pinang

Sapukan masker dari bawah ke atas dan biar sehingga setengah jam. Pastikan masker hijau dan putih sebati

Bersihkan masker dengan air suam

Sapukan kapas sejuk yang dicampur air mawar ke seluruh payu dara

Sebelum mengakhiri rawatan badan individu akan diurut dan diberikan minuman herba ‘kencang payu dara’.
:p :p :p :p :p :p :p :p :p :p
 
einazree !! berkata2 dari pengalaman je.
apa itu "minyak mukjizat kencang payudara"?
 
Ramai wanita yang mahu buah dada yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, buah dada adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah dada yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya.

Buah dada anda adalah sesuai dan sempurna untuk diri anda. Terima buah
dada anda, jaga dan belai buah dada itu sebaiknya.

Pemakanan/penggunaan produk-produk berasaskan Pueraria Mirifica adalah
supplemen untuk kecantikan dan kesihatan yang bertindak secara
semulajadi pada tubuh. Berkesan meningkatkan dan membaikpulih kadar
hormon, meningkatkan estrogen dalam badan yang mengaktifkan kolagen
dalam kulit serta memberikan hasil dan kesan yang tidak mungkin anda
perolehi dari produk-produk lain. Tak perlu lagi menyeksa diri dengan
suntikan kolagen atau pembedahan yang menyakitkan serta berisiko untuk
menjadi cantik dan jelita.

Bertindak dari dalam untuk menerlahkan kecantikan dan kesihatan yang
menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki, dalam dan luar. Anda
pasti kagum dan berpuashati dengan hasilnya.

Pueraria Mirifica

Ramai di kalangan kita tidak tahu apa itu estrogen. Estrogen merupakan
sejenis hormon yang dihasil dari dalam badan kita. Keupayaan dan tahap
pengeluarannya mempengaruhi pembentukan badan seseorang perempuan
semasa awal baligh iaitu antara 9-12 tahun. Selepas itu, penghasilan
estrogen dalam tubuh akan terhenti dan hanya dihasilkan sekali dalam
sebulan, iaitu semasa kedatangan haid. Jika tidak berwaspada,
pengeluaran akan terus berhenti dan ini akan memungkinkan seseorang
itu mendapat menopos awal atau terputus haid lebih awal dari
jangkamasa yang sepatutnya.

Pengeluaran yang tidak stabil akan menjadikan pertumbuhan bentuk badan
menjadi tergendala dan terbantut, seperti payudara yang terlalu kecil
dari saiz badan dan saiz yang berlainan antara satu sama lain.
Pueraria Mirifica, adalah satu-satunya tumbuhan Anugerah Tuhan yang
boleh membantu menyeimbangkan penghasilan dan pengeluaran hormon
manusia. Terdapat 13 jenis spesies di dalam keluarga pueraria. Dari
kajian yang dijalankan oleh beberapa saintis sejak di awal abad ke 19
lagi, mendapati bahawa Pueraria Mirifica merupakan yang nombor satu
jika dibandingkan dengan jenis-jenis keluarga pueraria yang lain.
Manakala, keluarga pueraria yang lain langsung tidak sesuai dan tidak
digalakkan.

Pueraria Mirifica hanya tumbuh dan terdapat di utara Thailand.
Berbanding dengan keluarga pueraria yang lain, yang juga tumbuh di
beberapa negara asia yang lain termasuk Filipina dan Indonesia. Namun
ianya tidak memberi sebarang kesan yang memberangsangkan dan tidak
standing dengan Pueraria Mirifica dari Thailand.
Tumbuhan yang telah sekian lama wujud sejak beratus-ratus tahun ini
mula mendapat tempat di pasaran global dan menjadi kegilaan kepada
pengeluar untuk dikomersialkan.

Antara kebaikannya pada buahdada dan punggung :-
- mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur
- memantapkan lagi bentuk menjadikan ia lebih padat
- membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut
- menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara
- menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam
dengan lurah yang ketara
- mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara
- mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa
membesarkannya lagi, sebaliknya payudara anda akan kelihatan lebih
tegang, juga sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani
pembedahan membuang ovari.

Antara Tips Penjagaan Buah Dada :-

Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan
bentuk dan saiz buat dada. Jangan memakai coli yang saiz terlalu
kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang
kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil.

Juga jangan terlalu besar sehingga buah dada tidak masuk dengan kemas
dalam coli, ia juga menimbulkan rasa tidak selesa.
Bahagian tengah coli, penyambung antara dua mangkuk coli, apabila
dipakai sepatutnya selasa berada pada atas tulang dada.. Cuba tarik
nafas dalam-dalam sewaktu mencuba coli yang baru. Apabila anda memakai
coli sepatut rasa seperti buah dada dipegang kemas dan apabila nafas
ditarik pegangan itu tidak sepatutnya membuat anda rasa tidak selesa,
kemas tetapi tidak terlalu ketat.

Untuk memastikan coli ada sesuai. Sewaktu mencuba, Lakukan juga
aktiviti yang biasa dilakukan, seperti menghayunkan tangan,
melompat-lompat kecil, berlari-lari anak atau jika coli itu digunakan
untuk senaman atau sukan, lakukan gerakan sukan yang anda ingin
lakukan. Ia sepatutnya selesa dipakai dan kedua-dua buah dada kurang
pergerakan sebab ia dipegang kemas oleh coli yang dicuba.

Buah dada perlu diperiksa untuk melihat sebarang perubahan. Kanser
buah dada adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.
Permakanan yang sihat dan sesuai boleh membuat tisu buah dada sentiasa
sihat.

Bagi wanita yang mahukan buah dada yang menarik dan sentiasa sihat,
menjaga kesihatan badan adalah penting. bersenamlah kerana membantu
dalam melancarkan edaran darah beroksigen. Kurangkan makanan yang
mengandungi lemak yang tidak sihat. Kurangkan pengambilan gula dan
garam, kurangkan minuman berkaffeine seperti kopi, amalkan makan
sayur-sayuran dan fiber.
 
contoh buah2 tu takde ke ? :-?
 
saiz pn penting ker??
saiz ker bentuk yg penting?
 
10 FAKTA TENTANG PAYUDARA

1.PAYUDARA MEMBESAR
-usia peringkat awal 20 an payudara seseorang akan membesar.payudara terdiri daripada kandungan lemak,kelenjar susu, dan kologen yg mempunyai tisu penyambungyg membuatkannya menegang.di usia remaja,kelenjardan kologen ini mengecut dan di gantikan dengan lemak.bkn itu sahaja, payudar akan menjadi lembik dan menggeleber.

2.BERAT
-pergerakan gelombang pada skala payudara menyebabkan beratnya tidak seperti yg kamu fikirkan.misalnya cup A boleh berubah menjadi suku paun, cup B, dlm lingkungan setengah paun, cup C 3 suku paun, dan cup D lingkungan 1 paun

3.KULIT NIPIS
-oleh kerana bahagian dada tegang utk membentuk payudara, kulit akan menjadi nipis.oleh itu sentiasa melembapkan dgn sapuan krim penegang utk menggiatkan proses pertumbuhan kologen dan elastin serta melindungi dari sinar UV bagi mengelakkan kedutan.terutama bahagian puting.

4.RERAMBUT
-kebanyakan wanita mempunyai rerambut pada putingnya.secara amnya, semakin gelap kulit dan lebat rambut kamu semakun banyak potensi puting kamu di tumbuhi rerambut.kamu boleh mencabutnya menggunakan penyepit dan sapukan losyen anti bakteria utk mengelakkan sebarang alergi.

5.KEDUDUKAN PUTING
-puting payudara bukan sahaja mempunyai saiz yg berlainan tetapi kedudukannya juga berbeza.sama ada puting kamu ke bawah, ke atas, ke kiri, atau ke kanan.ada juga berada sedikit ke bawah atau lebih dekat kepada payudara.

6.4 JUTA ADALAH PALSU
-sereamai 2 juta wanita menjalani pembedahan plastik payudara utk kelihatan menarik.namun tidak semua berpuas hati dgn pembedahan tersebut.6% daripadanya mendapati pembedahan tersebut mendatangkan kesan sampingan mereka.

7. SILIKON DAN RISIKO KESIHATAN
-melalui kajian yg di lakukan mendapati pembedahan plastik boleh mendatangkan masalah kesihatan.antara nya ialah sisitem imunisasi yg tidak terkawal, dan risiko penyakit kanser.ada juga mengalami kekejangan dalam payudara dan mengalami pendarahan.

8. MUDAH TERBAKAR
-kulit pada payudara adalah nipis dan mudah terangsang pd cahaya matahari.menyebabkan mudah terbakar.bagi mengelakkan kerosakan pada kulit payudaramu, pakai krim SPF 15 Plus UVA dan UVB utk perlindungan sinar matahari.

9.LURAH
-lurah terbentuk kerana bentuk dan kedudukan payudara.2 orang wanita mungkin memiliki lurah yg berbeza sama ada ia lebih dalam,penuh,dan sebagainya.jika bahu kamu sempit maka sempit lah saiz lurah di antara kedua2 buah dada.

10.MEMBESAR SELEPAS BALIGH
-payudara akan membesar selepas kamu baligh iaitu peringkat umur remaja.payudara akan lebih membesar dari hari ke hari.dan berhenti setelah meningkat sebagai wanita.namun payudara tidak akan membesar jika kamu menguruskan badan sebaliknya akan mengendurkan payudara.
 
Back
Top
Log in Register