BTC USD 83,009.6 Gold USD 4,135.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

saiz buah dada

detail sungguh penjelasan tuan hamba.....
dari taktau pape terus aku menjadi expert dlm bab2 ni.....:p

boleh bukak kedai baju dalam wanita ni....:))
 
korang nak senang kan..pe kata...jenis payudara yg mcmne yang korang suker??

kita leh describe base on apa yg artis kita ada...

kalau aku..aku suka dan amatlah meminati payu dara seperti yg dimiliki oleh pelakon syarifah sofea tu dan yg juga dimiliki oleh jue (awek jehan miskin)....

korang plak??
 
Mcm2...saiz ni pun boleh baca karakter ke?
 
uiks.... ape kes lak nih?
 
korang nak senang kan..pe kata...jenis payudara yg mcmne yang korang suker??

kita leh describe base on apa yg artis kita ada...

kalau aku..aku suka dan amatlah meminati payu dara seperti yg dimiliki oleh pelakon syarifah sofea tu dan yg juga dimiliki oleh jue (awek jehan miskin)....

korang plak??

ingatkan sharifah aini tadi..:eek: :eek:
 
korang nak senang kan..pe kata...jenis payudara yg mcmne yang korang suker??

kita leh describe base on apa yg artis kita ada...

kalau aku..aku suka dan amatlah meminati payu dara seperti yg dimiliki oleh pelakon syarifah sofea tu dan yg juga dimiliki oleh jue (awek jehan miskin)....

korang plak??

pendek kata...

apa yg mereka miliki...

amatlah bulat..padat...tegap...dan..kuat....:p

tu mesti wat aku terkulat-kulat....

kuikuikui
 
hah? errr...terkedu jap..

Misscordie!! nape ko tukar gambar kucing lak nih.
potong stim ; cam mana aq boleh menyintaim seekor kucing.
kalo ko jadi betina ; terpaksalah ko jadi bapa kucing nih.
:eek: :eek: :eek: :(( :(( :((
 
Apabila saiz payudara menjadi isu

Jika untuk kaum lelaki saiz dan bentuk zakar yang dipertikaikan,wanita pula saiz dan bentuk payudara menjadi isu! Untuk makluman am saiz dan bentuk payudara wanita tertakluk kepada keturunan dan baka. Jarangkali terdapat wanita yang mengalami masalah payudara yang dikenali sebagai ‘Glandular Hyperplasia’ yang mana pepundi susu payu dara mengembang dan membesar dan mengakibatkan payu dara besar secara luar biasa. Wanita yang mengalami masalah ini sukar untuk mencari baju dalam atau ‘bra’ yang sesuai dan keadaan payudara yang besar ini juga menyakitkan dada kerana memikul beban yang begitu berat! Lagi pun kajian terbaru menyatakan payudara yang besar berrisiko tinggi mendapat kanser!

Tidak ada satu satu kaedah yang mana payu dara dapat dibesarkan tanpa pembedahan ‘Breast augmentation” atau ‘pembedahan pembesaran payu dara.Yang lain ,iaitu krim dan herba,tidak terdapat bukti kukuh tentang keberkesanannya.Suatu ketika dahulu di Thailand terdapat herba Pueriaria mirifica yang kononnya dapat membantu memantapkan payu dara dan kini herba itu dalam kawalan Kerajaan Thai!Samaada benar cerita itu tidak siapa yang tahu!Tapi Kerajaan Thai menafikan yang herba tu sesuai untuk ketumbesaran payu dara.Malahan mereka mencadangkan senaman pemantapan otot dada. pakar Sakit puan Thai dan juga pakar payu dara menafikan yang hernba itu boleh membesarkan payu dara.

Jadi anda janganlah membazir duit membeli segala herba dari mana mana MLM untuk tujuan itu.Cuba bembaziran sahaja!Ada juga pendapat kononnya makan kacip fatimah dapat memantapkan payu dara,itu pun tiada kepastian walaupun kacip fatimah itu mengandungi ‘biboflavinoids’ yang dapat diproses dalam badan menjadi hormon estrogen yang ada kaitan dengan ketumbesaran payu dara.Tapi kajian yang pernah dilakukan oleh kumpulan pakar diUSM,Malaysia mendapati Kacip Fatima hanya baik untuk menaikkan shaywat kerana kesannya kepada kelenjar adrenal untuk menghasilkan hormon shaywat DHEA.

Malahan suatu ketika dahulu wanita yang mengamalkan pil merancang mendapati payu dara mereka tegap dan padat.seolah olah besar!Selepas kejadian yang tidak disangka itu banyak wanita mengunakan hormon estrogen dan kini amalan itu diketahui bahaya dan boleh mendedahkan wanita itu kepada kanser payudara! Saperti zakar,payudara kadangkala kelihatan kecut dan lembek dan kadangkala menonjol dan tegap, sama dengan keadaan puting dan tompok areola yang juga kembang dan kuncup.Senaman mengkukuhkan otot dada dapat menegapkan payu dara keatas dada dan ini digalakkan daripada pembedahan atau mengunakan krim atau gel atau menyedut payu dara dengan pam penyedut( alat ini juga didapati mengarut!!)!Kehamilan dan kelahiran bayi dapat memantapkan kedudukan payu dara dan ini yang paling berkesan dan selamat selain memakai baju dalam yang sesuai dan pengunaan krim pelembap yang baik untuk kulit payudara.!
:)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
Perihal Payudara

Komposisi payudara


Payudara mengandungi dua komponen iaitu komponen yang terlibat dengan penghasilan susu dan komponen yang terlibat dengan struktur dan pengangkutan.

Permukaan payudara

Permukaan payudara diliputi kulit yang melindungi struktur dalaman, serta puting dan bahagian areola. Puting adalah satu benjolan, terletak ditengah payudara dan kelihatan lebih gelap daripada warna kulit biasa. Puting mengandungi otot dan ianya mempunyai berbagai bentuk, boleh leper, bulat atau berbentuk kon. Di permukaan puting terdapat berapa liang (pores) yang membolehkan bayi mendapat susu semasa menyusu. Terdapat juga berapa kelenjar ‘sebaceous’ yang menghasilkan bahan pelincir. Areola merupakan tisu dikeliling puting. Warna areola tergantung kapada warna kulit dan biasa nya kelihatan lebih gelap. Warna ini akan berubah semasa baligh, semasa haid dan semasa hamil. Di permukaan areola terdapat benjolan halus dipanggil Montgomery’s tubercle yang menghasilkan bahan pelincir

Tisu dalaman payudara

Di dalam payudara terdapat 15-20 lobus, satiap satu merangkumi berapa lobul atau kelenjar susu.

Kelenjar susu ini disambung oleh satu sistem saluran yang akan mengangkut susu kebahagian puting.

Komponen yang berfungsi ini dinamakan tisu ‘glandular’

Struktur tisu payudara:
Tisu lemak, tisu konektif, saraf, salur darah dan salur limfa

Tisu konektif berfungsi sabagai tisu sandaran kapada tisu glandular dan tisu lemak

Tisu lemak meliputi serta melindungi tisu glandular dan memberikan rupa bentuk payudara.

Payudara wanita yang kurus masih mengandungi 1/3 tisu lemak.

Penghasilan dan pengeluaran susu dipengaruhi oleh perangsangan urat saraf

Perangsangan urat saraf juga memain peranan semasa aktivit hubungan kelamin.

Sensitiviti payudara berbeza dari masa kesemasa, ianya meningkat apabila fasa subur dan semasa aktiviti hubungan kelamin dan menurun semasa haid

Tisu-tisu lain

1) Saluran darah mengangkut zat makanan dan oksigen

2) Cecair yang mengandungi protin, lemak dan gula melintas kapilari atau salur rerambut kepada sel-sel yang akan menyerap dan menggunakan zat-zat ini.

3) Tisu limfa akan menyerap cecair yang berlebihan dan mengalirkan cecair ini semula kapada saluran darah

4) Nodus limfa (lymph nodes) berfungsi sabagai penapis menangkap bacteria, bahan toksin dan sisa-sisa sel. Kelenjar ini didapati berkelumpok diseluruh tubuh dan cecair limfa dari payudara mengalir kepada kelenjar limfa di-kawasan ketiak.

5) Kumpulan otot dibahagian dada iaitu otot pectoralis terletak di bahagian bawah payu dara dan berfungsi sabagai tisu sandaran. Rangka dada terdapat dibawah lapisan otot.

Saiz dan bentuk payudara

Payudara tidak mempunyai saiz yang ‘normal’. Saiz payudara dipengaruhi oleh keturunan dan jumlah lemak yang didapati didalamnya. Saiz yang besar mengandungi jumlah lemak yang berlebihan, dan biasanya payudara sebelah kiri lebih besar dari kanan. Saiz tidak mepengaruhi penghasilan susu atau mempengaruhi risiko kanser.

Bentuk payudara juga berbagai-bagai. Saiz dan bentuk tidak mepengaruhi fungsinya.

Tisu payudara juga boleh didapati terletak diantara ketiak dan tulang selangka.

Payudara lelaki

Lelaki mempunyai tisu payudara yang tidak membesar dan tidak berkembang.

Tisu payudara lelaki adalah saperti yang didapati pada gadis yang belum baligh.

Tisu ini menggandungi berapa saluran yang dikelilingi oleh sel-sel pipih dan diliputi oleh tisu konnektif. Payudara lelaki boleh dipengaruhi dan dirangsang oleh hormon.

‘Gyneacomastia’ merupakan satu keadaan dimana terdapat pertumbuhan saluran susu dan pembesaran tisu konnektif. Empat puluh peratus lelaki mengalami pembesaran payudara secara sementara, yang dipercayai akibat pengaruh hormon yang akan merosot selepas satu atau dua tahun.

Pembesaran payudara boleh juga terjadi akibat pengaruh ubat atau penyakit. Contohnya termasuklah kegunaan oestrogen untuk rawatan kanser kelenjar prostat, kegunaan digitalis (satu ubat untuk rawatan penyakit jantung) kegunaan reserpine, spiranolactone (ubat untuk rawatan darah tinggi) kegunaan ergotamine (ubat untuk rawatan migrain) dan kegunaan phenytoin (ubat untuk rawatan penyakit sawan)

Pembesaran payudara juga didapati pada pesakit kanser buah zakar, pesakit kanser kelenjar adrenal, pesakit cirrhosis hati, pesakit dialysis kronik ginjal dan juga penghidap sindrom Klinefelter. Sindrom Klinefelter mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko kanser payu dara.

Pada lelaki yang gemuk terdapat tisu lemak yang berlebihan dipayudara dan payudara kelihatan membesar tetapi keadaan ini bukanlah ‘gyneacomastia’ sabenarnya.

Mengapa payu dara dirasai berubah dari masa kesemasa

Perkembangan payudara

Perkembangan payudara sudah bermula semasa masih dalam kandungan. Pada lebih kurang 6 minggu umur kehamilan, terjadi penebalan kulit yang dinamakan rabung mamari atau talian susu (milk line) Selepas 6 bulan, penebalan ini terjadi daripada ketiak sahingga kekelangkang, tetapi ini akan diserap semula sahingga tinggal dua dibahagian dada. Bagi bayi perempuan sel-sel ini akan teratur, menjadi dua kelenjar ‘exocrine’ dengan saluran susu menuju puting.

Sapanjang hayat saorang wanita payudara sentiasa berubah. Perubahan saiz dan bentuk akan berlaku semasa baligh dan juga pada tiap-tiap bulan semasa dan selepas haid.

Akibat pengaruh hormon, payudara dirasai sakit dan ini akan berakhir selepas putus haid.

Perkembangan payudara akan bermula semasa baligh. Pada masa ini terdapat berlebihan tisu lemak dan perkembangan saluran kelenjar. Penghasilan susu akan hanya berlaku selepas kehamilan dimana perkembangan seterusnya akan berlaku.

Perubahan semasa haid

Haid adalah akibat perubahan paras hormon. Ini juga mengakibatkan pembesaran saiz payudara dan juga perasaan sakit dipayudara. Puting juga menjadi sensitif dan sakit.

Semasa putus haid

Semasa putus haid (menopause) pengaruh hormon oestrogen terhadap semua tisu berkurangan terutama tisu payudara. Akibatnya payudara kelihatan pipih dan kedudukannya menurun. Payudara juga dirasai sakit. Kadangkala terdapat pula pengaruh hormon yang tidak teratur menyebabkan terjadi pembesaran saiz payudara. Sungguh pun sudah putus haid, payudara masih peka terhadap rangsangan semasa perhubungan kelamin.

Semasa usia tua

Selepas putus haid payudara tidak akan mengalami perkembangan lagi.

:)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register