Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
LONDON - Saintis berjaya mengubah komposisi DNA ayam bagi menghasilkan embrio yang mempunyai muncung seperti buaya berbanding paruh, proses yang dianggap membolehkan mereka memutar kembali sejarah evolusi dunia sejak 65 juta tahun lalu de*ngan menghasilkan dinosaur.
Menurut penyelidik Universiti Harvard, Amerika Syarikat, perubahan DNA embrio ayam semasa peringkat awal penghasilannya mampu memberikan haiwan itu muncung seperti buaya, sekali gus menukar ayam biasa menjadi Maniraptora, iaitu sejenis dinosaur kecil terdiri daripada 10,000 spesies burung.
Walaupun embrio dalam kajian itu tidak akan dibiarkan menetas kerana etika sains, eksperimen itu dianggap boleh menghasilkan haiwan yang dapat menyesuaikan diri lebih baik dengan iklim dunia pada masa akan datang sekali gus menghalang kepupusan.
Pasukan pakar biologi universiti itu juga percaya proses perubahan DNA itu dapat membantu menghilangkan kecacatan semasa lahir dalam kalangan manusia.

Last edited: