BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saiful Apek didenda.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Oleh Na'imah Mohamed

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman denda RM2,500 ke atas pelawak dan pelakon popular Saiful Apek sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad turut menjatuhkan hukuman yang sama terhadap tiga lagi tertuduh, yang juga pekerja di syarikatnya, Gitu-gitu Production, iaitu Shah Zainatul Ehsan Al Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30.
Hakim Nurchaya memerintahkan kesemua tertuduh menjalani enam bulan penjara sekiranya mereka gagal membayar denda berkenaan serta menjalani perintah pengawasan selama tiga tahun.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

http://www.hmetro.com.my/articles/SaifulApekdidenda/Article?BeritaUtama


xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.XGEBO1jlpu.webp
 
denda je

orang berduit nak bayar lawyer
 
duit banyak...
tak terasa bayar denda tu
 
first time denga isap dadah byr denda je
 
harap insaf, maklumlah ada gak peminat dia ni.
 
tkper pek makan ganja lagi mulia dr makan rasuah dan keringat org
 
aku tgk dia ni byk kali gi mahkamah..pastu buat muka xbersalah..adoiii lah apek
 
kes 4 tshun dulu kot.. rasa2 skrg ok dh..tkde pn dgr kes baru.
 
Back
Top
Log in Register