BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saham Tupperware Merudum Hampir 50%

"Bakal Jadi Barang Yang Rare" - Jenama Terkenal Tupperware Fail Permohonan Bankrap

Pengeluar bekas plastik yang terkenal, Tupperware memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat selepas bertahun-tahun mengalami masalah kewangan. Menerusi laporan Bloomberg News pada Isnin yang memetik sumber dengan pengetahuan mengenai rancangan berkenaan. Saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan, selepas ditutup dengan penurunan 57 peratus. Jenama terkenal itu diasaskan pada tahun 1946 oleh ahli kimia, Earl Tupper. Tidak lama kemudian populariti syarikat itu melonjak pada tahun 1950-an apabila wanita pasca perang menganjurkan "pesta Tupperware" di rumah untuk menjual bekas penyimpanan makanan, sebagai langkah untuk meraih pemberdayaan dan kebebasan.
1726734563854.png

Malah, pandemik Covid-19 turut memberikan lonjakan jualan apabila lebih banyak keluarga kekal di rumah, memasak lebih banyak, dan menghasilkan lebihan makanan. Tetapi, jualan merosot dalam beberapa suku tahun kebelakangan ini apabila dunia kembali pulih dan dibuka. Namun, Tupperware kini berdepan cabaran besar termasuk persaingan sengit dalam pasaran barangan rumah dan lonjakan jualan dalam talian yang menjejaskan kedudukannya. Difahamkan, Tupperware kini merancang untuk memohon perlindungan mahkamah selepas melanggar syarat hutangnya dan telah melantik penasihat kewangan serta perundangan.
1726734913620.png

Persiapan kebankrapan ini adalah susulan rundingan panjang antara Tupperware dan pemberi pinjamannya, yang berkaitan dengan cara mengurus hutang lebih daripada AS$700 juta. Pada Mac lalu, Tupperware memberi amaran bahawa perniagaan mereka mungkin tidak mampu bertahan sebagai entiti yang berterusan akibat masalah kecairan tunai. Syarikat itu belum memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan komen dari Reuters.

Rujukan asal https://www.bloomberg.com/news/arti...uptcy-after-failed-turnaround-effort-m17at3fx
 
alah rumah mak aku ada mesin jahit Singer...

bukak 40k...

ada pemberani tak?

Function lagi x ?

Rumah mak aku mesin jahit butterfly

Condition baik boleh run mcm biasa

Bukak 99k
 
Back
Top
Log in Register