BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saham KOWAMAS

Mcm best ni.. Leh bntu kwgan sndri..Tt pm
Skali tatacaranya ye.. Tq
 
rasenya..masa hari koperasi, kowamas ni ada datang tp info dari staff2nya mmg x berapa clear berkenaan koperasi ni. Selain itu dlm web pn..kita xblh tgk senarai AJK dn Pengerusi Koperasi ni.Mengapa jadijd begitu. Harap mana2 geng CG yg dh masuk koperasi ni, pls update sbb skrg byk koperasi con. Kena hati2 btl.
 
aku ada gi haritu, tapi cam leweh je presentation dia. Aku gi kat branch kuantan. so so je dia nye cakap, aku bukan nak marah cuma klo macam tu camne investor nak yakin beb? ce aok citer kat kawaih? gone gamoknye? kekekeke
 
aku ada gi haritu, tapi cam leweh je presentation dia. Aku gi kat branch kuantan. so so je dia nye cakap, aku bukan nak marah cuma klo macam tu camne investor nak yakin beb? ce aok citer kat kawaih? gone gamoknye? kekekeke

info2 macam ini berguna utk kita buat research:)
 
Sorry lama tak reply, busy skit kt opis... Lebih fokus kt personal loan. Saham ni buka tahun depan.
 
awal thn dulu pernah simpan emas kat arrahnu ex kowamas kat bbu jb, xtahu plak ade bukak saham ni.. boleh amik borang kat situ tak?
 
Kowamas rancang buka 30 cawangan Ar Rahnu

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Koperasi Wawasan Malaysia Bhd. (Kowamas) menyasarkan sebanyak 30 buah cawangan produk Ar Rahnu iaitu perniagaan pajakan secara syariah dibuka di seluruh negara dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mohamed Farid Zawawi berkata, setakat ini, Kowamas mempunyai enam buah cawangan Ar Rahnu di sekitar Semenanjung.

"Kami lihat perniagaan Ar Rahnu cukup bagus dari segi pengukuhan harga emas di pasaran.

"Permintaan pajakan secara syariah dilihat akan terus berkembang jika 30 cawangan tersebut dibuka dan saya yakin Kowamas bakal menjadi salah satu entiti Ar Rahnu terbesar negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyampaian hadiah Cabutan Bertuah Ceriakan Raya e-wawasan Kowamas di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Kelantan, Wan Mohamad Sabri Wan Harun dan Pengurus Jabatan Khidmat Koperasi dan Keusahawanan Bank Rakyat, Shaharudin Mohd. Sa'ad.

Pada majlis tersebut, seramai 25 ahli Kowamas sekitar Lembah Klang menerima hadiah cabutan bertuah e-wawasan berupa pakej umrah, iPad 3 dan telefon pintar Samsung Galaxy S2.

Seorang kakitangan awam, Zaleha Abdul Rahman, 39, memenangi hadiah pakej umrah bersama empat pemenang lain selepas membuat pinjaman peribadi e-wawasan Kowamas pada Jun lalu.

"Sebelum ini saya memang merancang untuk mengerjakan umrah. Saya gembira dan tidak menyangka diumumkan sebagai pemenang dan saya harap dapat pergi ke Tanah Suci secepat mungkin,'' ujarnya.

Kakitangan swasta, Tengku Ismith Tengku Ilham, 41, pula menyatakan rasa bersyukur setelah memenangi sebuah iPad.

"Saya mula menyertai Kowamas pada Jun lalu dan berharap Kowamas akan meneruskan aktiviti cabutan bertuah seperti ini," katanya.

Selain perniagaan Ar Rahnu dan pinjaman peribadi e-wawasan, Kowamas juga menceburi perniagaan pembangunan hartanah serta pembiayaan barangan pengguna.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kor...ncang-buka-30-cawangan-Ar-Rahnu#ixzz28m1YRA00
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Aku dah dapat borang, TQTT. Tapi tak tau nak buat apa dengan borang ni, nak isi dan hantar terus atau kena tunggu awal tahun depan? Nak kena hantar ke Shah Alam jugak ke, atau kat cawangan pun boleh?
 
aku x berapa rekomen beli saham koperasi ni...baik letak dlm asb or tabung haji je lg secured....
 
better study dlu pro & cons saham ni..kna selidik jugak back ground koperasi,org2 di dalam nye..insya-Allah lau yakin,xsalah nak melabur :-)
 
Back
Top
Log in Register