BTC USD 83,144.0 Gold USD 4,117.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Safiq tiada dalam senarai pemain Raja

Mana senarai nama yg dipanggil...
 
dah terbukti kehebatan safiq rahim sebelum ni,speed laju,passing accurate,freekick terbaik,hinga dianugerahkan pemain tengah terbaik malaysia,camana leh x de ni?huhu
 
Mana senarai nama yg dipanggil...

Berikut adalah senarai 26 pemain yang dipanggil ke skuad Harimau Malaya:

1. Mohd Khyril Muhymeen Zambri
2. Mohd Farizal Marlias
3. Yong Kuong Yong
4. Mahalli Jasuli
5. Norazlan Razali
6. Mohd Bunyamin Umar
7. Asraruddin Putra Omar
8. Gurusamy Govandar a/l Kandasamy
9. Kunalan Subramaniam
10. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
11. Norshahrul Idlan Talaha
12. Mohd Safee Mohd Sali
13. Azamuddin Mohd Akil
14. Muhammad Fauzi Rozlan
15. Khairul Fahmi Che Mat
16. Nik Mohd Shahrul Azim bin Ab Halim
17. Mohd Shakir Shaari
18. Mohd Nor Farhan bin Muhammad
19. Mohd Faizal Muhamad
20. Mohd Ashari bin Samsudin
21. Amiridzwan Taj Tajudin
22. Reuben Thayaparan Kathiripillai
23. AMAR ROHIDAN
24. Mohd Fadhli bin Mohd Shas
25. Wan Zack Haikal Wan Nor
26. Gary Steven Robbat

Manakala tujuh pemain di bawah diminta bersedia untuk menjalani latihan dan pemilihan Pasukan Bolasepak Kebangsaan sekiranya dipanggil untuk menggantikan mana-mana pemain yang tersebut di atas sekiranya terdapat pemain-pemain yang disahkan oleh Doktor Pasukan mengalami kecederaan.

1. Baddrol Bakhtiar
2. Mohd Sharbinee Allawee Ramli
3. Muhammad Zubir Mohd Azmi
4. Affize Faisal Mamat
5. Hairuddin Omar
6. Shahrizal Saad
7. Mohd Izham Tarmizi Roslan
 
fuh mujur amar ada..kalo dia xde abis midfield kita..aku perati amar ni antara midfield terbaik pada masa kini..mmg la dia jarang dapat bola atas padang..tp skali dapat bola mmg dia akan hantar killer pass terus..kalah Xabi Alonso
 
Safiq digantung bukan gugur

JOHOR BAHRU - Kapten pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), Safiq Rahim bukan digugurkan daripada skuad kebangsaan, sebaliknya tidak disenaraikan gara-gara digantung dua perlawanan selepas menerima kad merah dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura pada Julai 2011.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan bahawa pemain itu digugurkan disebabkan prestasinya yang tidak menentu, tetapi disebabkan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang perlu dipatuhi.

"Jadi, atas sebab itulah Safiq tidak tersenarai antara 26 pemain yang terpilih mengikuti latihan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi persiapan menentang Qatar dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 pada 6 Februari ini.

"Safiq masih berbisa dan mempunyai kualiti permainan yang dibanggakan dan prestasinya tiada kena-mengena apabila dia tidak disenaraikan," katanya pada sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi di sini, semalam.

Sementara itu, Tunku Ismail berharap, pemain-pemain Johor DT yang terpilih menyertai skuad kebangsaan terus mempamerkan aksi terbaik dalam semua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130118/su_03/Safiq-digantung-bukan-gugur#ixzz2IGb9CEoQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Ade jugak terselit amar rohidan..kemain kebal mamat nih..lg hebat dr piya...huhu
 
Back
Top
Log in Register