BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tok Gajah tak perlukan Safiq Rahim aka Kapten HM

wokyoh fx

Super Active Member
Messages
7,161
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
image.jpg


BIARPUN memiliki nama besar dalam arena bola sepak negara, khidmat bintang pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT), Safiq Rahim nyata tidak diperlukan kem Tok Gajah buat masa ini.

Ura-ura menyebut, Safiq yang beraksi di posisi tengah dikatakan bakal meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Larkin berikutan kerap memanaskan bangku simpanan serta berdepan prestasi tidak menentu.

Pasukan yang menjadi destinasi seterusnya bagi beliau adalah bergabung bersama skuad Pahang.

Kelab penyokong bola sepak Pahang ketika mengulas mengenai perkara itu berkata, kehadiran Safiq belum sesuai di Kuantan pada masa sekarang.

“Kami lihat Pahang sudah begitu kuat di bahagian tengah. Lagipun, Pahang miliki Hafiz Kamal dan Saiful Nizam Miswan yang juga bermain di posisi tengah.

“Bagaimana Safiq mahu rebut tempat utama sedangkan Azidan Sarudin pun jarang berada dalam kesebelasan utama pasukan musim ini,” katanya.

Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) perlu fikir sebaik mungkin dan tidak perlu membazirkan wang bagi membayar gaji kepada beliau jika hanya jadi pemain simpanan.

“Daripada Safiq, kami rasa baik ikat Nazmi Faiz Mansor yang kini bermain untuk PKNS,” katanya.
 
Tok gajah pun taknak tapi takper Harimau Malaya tetap panggil rajagopal kan ada..:))
 
Nasib ko la sapik...retire jerla..jadi coach..ramai team nak..ekeke
 
tukang bawa bola boling jer sesuai untuk dia ni
 
rugi la dia ni..

star masa usia muda tahun 2010

pastu......habes
 
time pawer semua sanjung..

time drop semua kutuk..

kesian kat hang copot..
 
si copot dah dpt GF terus merudum prestasi
aku tengok dia lari pun dah x larat..
 
Back
Top
Log in Register