achok
Legendary Member

- Messages
- 14,958
- Joined
- Jul 8, 2008
- Messages
- 14,958
- Reaction score
- 361
- Points
- 141
Sabah perlu kekal kubu BN
KOTA KINABALU 4 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu suntikan baru diberikan kepada Barisan Nasional (BN) Sabah bagi membolehkan ia sentiasa segar dan kekal sebagai kubu kuat BN.
Pengerusi BN itu berkata, sokongan padu yang diberikan oleh rakyat negeri ini tidak akan kekal selama-lamanya jika sesuatu tidak dilakukan bagi mengukuhkan sokongan tersebut.
''Semua pihak perlu memainkan peranan ini, sama ada yang mempunyai jawatan dalam parti, wakil rakyat dan anggota pentadbiran negeri," katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama pemimpin BN negeri sempena lawatan rasmi dua hari ke Sabah di sini malam ini.
Ini merupakan lawatan pertama Najib ke Sabah selepas genap sebulan dilantik sebagai Perdana Menteri keenam awal bulan lalu.
Najib berkata, Sabah merupakan negeri yang penting bagi BN untuk terus memegang tampuk pemerintahan negara.
''Beberapa tahun lalu saya pernah menyifatkan BN Sabah sebagai simpanan tetap BN dan hari ini saya datang ingin melihat nilai simpanan tetap itu masih kekal atau turun.
''Saya percaya nilai itu tetap kekal pada tahap yang tinggi berdasarkan kepada hakikat rakyat Sabah masih terus bagi kepercayaan dan keyakinan kepada BN," katanya.
Najib berkata, dalam persekitaran di mana rakyat semakin terdidik dan berpengetahuan, pendekatan yang disenangi rakyat amat penting untuk diamalkan bagi menarik sokongan rakyat kepada parti memerintah.
Atas kesedaran itu katanya, beliau telah memperkenalkan tinjauan mesra sebagai kaedah mendekati rakyat.
Perdana Menteri menambah, tinjauan mesra perlu dilakukan secara berterusan kerana selain boleh memupuk kemesraan ia akan memudahkan pemimpin menghayati kesusahan dan masalah rakyat.
''Ada banyak beza kalau kita dengar taklimat di pejabat dalam bilik berhawa dingin berbanding kita turun dan melihat sendiri apa yang dirasai rakyat biasa, apa masalah rakyat dan kita melakukannya secara berterusan.
''Ingatlah bahawa kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti bukan semasa kempen tetapi daripada kerja yang dilakukan bermula dari hari ini sehingga pilihan raya nanti," katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata, Kerajaan Pusat tidak akan melupakan komitmen untuk membantu Sabah membangun menjadi antara negeri termaju di negara ini.
Katanya, pelantikan empat menteri penuh dan lima timbalan menteri dari Sabah diharapkan akan memudahkan pembangunan dibawa ke negeri di bawah bayu itu.
Sementara itu, acara hari pertama lawatan Najib ialah menyaksikan Persembahan Perdana Mistik Sabah sempena sambutan Pesta Sabah yang diadakan Magellan Sutera, Sutera Harbour di sini.
Esok Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan bersama rakyat di Padang Merdeka, sebelum mengadakan tinjauan mesra di kawasan tumpuan ramai sekitar Jalan Tun Fuad Stephen di sini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
huhuhu tak sangka negeri ku jadi kubu BeEND..
tapi antara termiskin lak tu...
sumber hasil bole tahan... tapi pembangunan cam siput.