BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabah Electricity Nafi Kutip Data Peribadi Pelanggan Dari Rumah Ke Rumah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sabah Electricity Nafi Kutip Data Peribadi Pelanggan Dari Rumah Ke Rumah​

1c58147de7b6caa6336a9c070e41aaa868c68fdecfded


Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) hari ini menegaskan bahawa syarikat berkenaan tidak pernah menjalankan sebarang aktiviti pengumpulan atau kutipan data peribadi pelanggan dari rumah ke rumah.

Syarikat utiliti itu dalam satu kenyataan menasihati orang ramai supaya tidak mengisi borang atau menyerahkan sebarang maklumat peribadi kepada mana-mana individu yang hadir ke kediaman mereka bagi tujuan tersebut.

"Sebarang urusan melibatkan data peribadi pelanggan dilaksanakan melalui kaunter atau saluran rasmi Sabah Electricity, dan maklumat dikendalikan selaras dengan keperluan perlindungan data peribadi yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu.

Sabah Electricity turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan kewujudan individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan borang palsu bagi mendapatkan maklumat pengguna secara tidak sah.

Menurut Sabah Electricity, pengguna yang didatangi individu mencurigakan dan mendakwa mewakili syarikat berkenaan diminta untuk tidak menandatangani sebarang dokumen sebaliknya mengesahkan identiti mereka terlebih dahulu.

Pengguna boleh membuat pengesahan dengan menghubungi Sabah Electricity Careline di talian 15444 atau 088-515000, melalui e-mel [email protected], atau hadir ke kaunter perkhidmatan pengguna terdekat.

 
Back
Top
Log in Register